Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, tangkapan dibuat kira-kira jam 6 petang oleh sepasukan Task Force Khas Op Tapis IPD Saratok dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar daerah itu.

Menurut beliau, operasi tersebut dijalankan hasil maklumat yang diterima berhubung aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Task Force yang diketuai oleh Inspektor Muhammad Asraf Mad Nasir telah membuat pemeriksaan terhadap seorang lelaki Melayu yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

“Hasil pemeriksaan, suspek telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Saratok bagi menjalani ujian saringan air kencing,” katanya dalam satu kenyataan.

Keputusan ujian saringan mendapati suspek positif dadah jenis benzodiazepine, amphetamine dan methamphetamine.

Siasatan lanjut turut mendapati lelaki berkenaan mempunyai satu rekod lampau berkaitan kesalahan dadah di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada April lalu.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana menggunakan dadah berbahaya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula