Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

MUAR – Cubaan sindiket penyeludupan dadah membawa keluar pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM57 juta ke negara jiran berjaya dipatahkan apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan dua individu dalam satu operasi khas di Parit Amat Laut, Muar, awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, seorang lelaki dan wanita warga tempatan berusia 63 dan 43 tahun ditahan selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti penghantaran bekalan dadah menggunakan bot.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Noor Azman Jamal berkata, operasi berkenaan dijalankan hasil risikan yang dilakukan oleh Unit Risik Marin PPM Wilayah Dua Muar dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

Menurut beliau, pihaknya mengesan beberapa kenderaan dan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan sebelum bertindak melakukan pemantauan.

“Hasil pemerhatian awal mendapati beberapa individu sedang memunggah sejumlah bungkusan yang disyaki mengandungi dadah ke dalam sebuah bot.

“Pasukan operasi kemudian menyerbu lokasi tersebut dan berjaya menahan dua individu yang dipercayai berperanan sebagai penghantar bekalan dadah,” katanya dalam satu kenyataan.

Pemeriksaan lanjut yang dijalankan ke atas bot dan sebuah kenderaan menemukan sejumlah besar dadah pelbagai jenis yang dipercayai untuk diseludup ke luar negara.

Antara rampasan yang direkodkan ialah 517 bungkusan plastik dipercayai mengandungi 549 kilogram syabu, sebanyak 191,268 pil ekstasi serta 4,000 katrij yang disyaki mengandungi cecair dadah.

Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan mencecah RM57.15 juta, menjadikannya antara rampasan terbesar berjaya direkodkan oleh pihak berkuasa di negeri ini tahun ini.

Selain dadah, polis turut menyita sebuah bot fiber bersama dua enjin Yamaha Enduro 85 kuasa kuda yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penyeludupan tersebut.

Noor Azman berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada terdapat individu lain yang terlibat dalam sindiket berkenaan selain dua suspek yang mempunyai hubungan sebagai rakan.

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa Polis Marin Wilayah Dua akan terus memperkukuh kawalan dan operasi risikan di kawasan perairan Johor yang dikenal pasti menjadi laluan utama sindiket penyeludupan dadah ke negara jiran.

Foto: PPM Wilayah 2

Related Posts

Sabah sah tanding 28 sukan SUKMA, giat perhalusi senarai atlet

TAWAU – Sabah mengesahkan akan menyertai 28 jenis sukan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang dijadual berlangsung pada Ogos ini di Selangor. Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah sah tanding 28 sukan SUKMA, giat perhalusi senarai atlet

Sabah sah tanding 28 sukan SUKMA, giat perhalusi senarai atlet

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai