Remaja didakwa di Mahkamah Majistret cederakan penguat kuasa MPS

SANDAKAN – Seorang remaja lelaki ,14 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang penjawat awam ketika mangsa sedang menjalankan tugas.

Remaja itu didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada penguat kuasa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Masran Naaf.

Mengikut pertuduhan, kejadian didakwa berlaku pada 6 Mac 2026 kira-kira jam 2.30 petang di kawasan Pasar Batu 8, di sini, ketika mangsa sedang menjalankan tugas sebagai penguat kuasa MPS.

Kes itu disebut di hadapan Majistret Nur Faezah Jafry yang menetapkan 24 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi membolehkan pihak pendakwaan mendapatkan laporan perubatan mangsa serta laporan akhlak tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ong Teik Yi.

Sementara itu, dalam prosiding berasingan, dua lelaki iaitu Putih Jiring dan Aril Faustino, masing-masing berusia lingkungan 30-an, mengaku bersalah atas pertuduhan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah untuk berada di negara ini.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kedai di Batu 8, di sini, pada 7 Mac lalu.

Kedua-dua tertuduh membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Roslinda Razali yang menetapkan 23 April depan sebagai tarikh jatuh hukum sementara menunggu laporan daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yuvan Bharatan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Related Posts

Gua Monsud berpotensi jadi tarikan eko-pelancongan baharu Pulau Banggi

KUDAT – Gua Monsud di Pulau Banggi dekat sini berpotensi dikembangkan sebagai tarikan eko-pelancongan baharu susulan penerokaan 16 peserta menerusi Program Jelajah Merdeka ke kawasan itu, baru-baru ini. Wakil penganjur,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sasar pengiktirafan global, AKYBMS tekad calonkan Hikayat Panglima Nikosa ke UNESCO

KUCHING – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) bertekad mencalonkan novel rintis Hikayat Panglima Nikosa ke senarai Memori Dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Usaha itu dirangka bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pindaan akta, kriteria pelantikan ahli lembaga Tabung Haji wajar diperketat

Pindaan akta, kriteria pelantikan ahli lembaga Tabung Haji wajar diperketat

Gua Monsud berpotensi jadi tarikan eko-pelancongan baharu Pulau Banggi

Gua Monsud berpotensi jadi tarikan eko-pelancongan baharu Pulau Banggi

Tidak benar Tabung Haji jual aset pada golongan bukan Islam atau pihak dari China

Tidak benar Tabung Haji jual aset pada golongan bukan Islam atau pihak dari China

Sasar pengiktirafan global, AKYBMS tekad calonkan Hikayat Panglima Nikosa ke UNESCO

Sasar pengiktirafan global, AKYBMS tekad calonkan Hikayat Panglima Nikosa ke UNESCO

Exco Perlis letak jawatan AJK Bersatu Arau serta-merta

Exco Perlis letak jawatan AJK Bersatu Arau serta-merta

‘Nak bahas saya atau Tabung Haji’ – Anwar persoal tindakan pembangkang

‘Nak bahas saya atau Tabung Haji’ – Anwar persoal tindakan pembangkang