Tradisi kad raya dihidupkan semula di SK Putra

KANGAR – Tradisi menghantar kad raya yang suatu ketika dahulu menjadi amalan masyarakat setiap kali menjelang Aidilfitri cuba dihidupkan semula apabila murid Sekolah Kebangsaan Putra didedahkan dengan penghasilan kad raya secara kreatif.

Seramai 230 murid tahap dua sekolah berkenaan mengambil bahagian dalam program tersebut dengan menghasilkan sendiri kad raya mengikut kreativiti masing-masing.

Guru penyelaras program, Hamisah Hashim, berkata penganjuran aktiviti itu bertujuan memperkenalkan kembali tradisi kad raya kepada generasi muda yang kini lebih terdedah kepada ucapan digital.

Menurutnya, suatu ketika dahulu masyarakat begitu teruja menantikan ketibaan posmen untuk menerima kad raya daripada saudara-mara dan rakan-rakan.

“Kita mahu murid-murid merasai sendiri pengalaman menghasilkan kad raya seperti yang pernah menjadi amalan masyarakat sebelum ini.

“Tradisi ini semakin jarang diamalkan pada masa kini kerana kebanyakan orang lebih memilih menghantar ucapan melalui telefon pintar dan media sosial,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata, murid diberi masa kira-kira satu jam untuk menghasilkan kad raya secara individu atau berkumpulan menggunakan bahan-bahan yang disediakan.

“Sepanjang program berlangsung murid dilihat begitu teruja dan bersungguh-sungguh dalam menyiapkan kad raya masing-masing.

“Selain mengimbau tradisi lama, aktiviti tersebut turut membantu mencungkil kreativiti murid dalam bidang seni,” ujarnya.

Tambahnya, program itu dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah bersama Panitia Pendidikan Seni dan Visual sebagai usaha menghidupkan kembali suasana menghasilkan kad raya dalam kalangan generasi muda.

Related Posts

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

MUAR – Cubaan sindiket penyeludupan dadah membawa keluar pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM57 juta ke negara jiran berjaya dipatahkan apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan dua individu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing