PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PUTERI WANGSA – Keputusan Barisan Nasional (BN) Johor membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal daripada tempoh sepatutnya disifatkan sebagai langkah politik yang tersilap dan tidak berpaksikan kepentingan rakyat.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Dr Zuhan Mohd Zain berkata, pentadbiran kerajaan negeri masih mempunyai kira-kira setahun sebelum tamat penggal, justeru tindakan membubarkan DUN lebih awal menimbulkan persoalan mengenai motif sebenar di sebalik keputusan tersebut.

Menurut beliau, terdapat beberapa kemungkinan yang menjadi pertimbangan BN Johor dalam membuat keputusan berkenaan, namun beliau percaya percaturan itu tidak akan memberikan kelebihan seperti yang diharapkan.

“BN tidak mahu Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum (PRU) kerana mereka menjangkakan peratusan keluar mengundi akan lebih rendah jika pilihan raya diadakan secara berasingan.

“Mereka mungkin beranggapan hanya penyokong tegar akan keluar mengundi dan situasi itu akan memihak kepada BN sebagaimana yang berlaku dalam PRN lalu. Namun, saya percaya tanggapan itu adalah silap,” katanya dalam satu kenyataan.

Zuhan turut berpandangan bahawa BN Johor mungkin melihat negeri itu sebagai platform terbaik untuk membina momentum politik menjelang pilihan raya di peringkat Persekutuan.

Menurutnya, kemenangan di Johor dijangka digunakan sebagai isyarat bahawa BN masih mendapat sokongan kuat rakyat dan berpotensi kembali menguasai Kerajaan Persekutuan.

“BN merasakan mereka berada pada kedudukan yang paling kuat berbanding negeri-negeri lain. Mereka berharap kemenangan di Johor akan menjadi pemangkin untuk mencetuskan gelombang sokongan ke peringkat nasional.

“Namun saya melihat perkiraan itu juga tidak semestinya tepat,” ujarnya.

Beliau turut mendakwa tindakan pembubaran DUN dibuat secara mengejut sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan wakil rakyat apabila sebelum ini Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dikatakan memberi gambaran bahawa sidang khas DUN akan diadakan pada 22 Jun.

“Ramai ADUN menjangkakan sebarang keputusan mengenai pembubaran akan dibuat pada tarikh tersebut. Namun, pengumuman pembubaran DUN dibuat lebih awal.

“Walau apa pun strategi BN, mereka tidak boleh menganggap Pakatan Harapan (PH) dan rakyat Johor tidak bersedia menghadapi pilihan raya,” katanya.

Zuhan menegaskan bahawa PH Johor telah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan dan yakin rakyat negeri ini mampu membuat penilaian sendiri terhadap prestasi serta hala tuju pentadbiran negeri.

“PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia. Apa yang penting ialah memastikan suara rakyat didengari dan masa depan negeri ditentukan melalui proses demokrasi yang matang,” katanya.

Beliau turut memberi bayangan bahawa terdapat beberapa lagi isu yang akan diketengahkan sepanjang kempen PRN Johor nanti bagi menjelaskan kepada rakyat mengenai apa yang disifatkannya sebagai kelemahan percaturan politik BN.

Pilihan Raya Negeri Johor kali ini dijangka menjadi medan penting bagi mengukur sentimen semasa rakyat terhadap kerajaan negeri dan parti-parti yang bertanding menjelang landskap politik negara yang semakin mencabar.

Related Posts

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

KOTA KINABALU – Penganjuran The Big Sabah Car Show 2026 berpotensi menjadi antara acara pelancongan utama Sabah menjelang Tahun Melawat Sabah 2027 (Visit Sabah 2027), sekali gus merancakkan ekonomi tempatan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

BENTONG – Seramai 300 pengusaha ladang kelapa sawit di kawasan Hutan Simpan Kemasul Tambahan 2, berhampiran FELDA Chemomoi, di sini, merayu campur tangan Sultan Pahang, Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan  Sabah

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

  • By Ithma
  • October 14, 2026
Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu