
SANDAKAN – Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, menzahirkan kebimbangan beliau berhubung insiden seorang anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dipukul pada Jumaat lalu.
Menurutnya, beliau menyeru kepada semua, terutamanya komuniti di Sandakan, supaya tidak bersikap agresif.
Vivian berkata, kes-kes seperti ini seharusnya tidak berlaku lagi dan sekiranya berlaku, pihak polis perlu diberikan ruang untuk menjalankan tanggungjawab mereka mengikut undang-undang.
“Saya masih dalam proses mendapatkan maklumat lanjut daripada Presiden MPS dan penguat kuasa terbabit.
“Saya juga belum menerima semua laporan polis dan selepas itu mungkin saya akan membuat kenyataan di Facebook saya,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Vivian Wong, di Bandar IJM Batu 6, di sini, pada Sabtu.






