Maritim Malaysia patahkan cubaan seludup vape ke Thailand

KUALA PERLIS – Cubaan menyeludup hampir 16,500 unit peranti rokok elektronik (vape) ke Thailand dipatahkan selepas sebuah lori membawa barangan itu ditahan dalam serbuan di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Sanglang awal pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, lori berkenaan ditahan kira-kira pukul 1.15 pagi hasil maklumat risikan yang diperoleh pihaknya.

Menurut beliau, kenderaan tersebut dipercayai membawa pelbagai jenis peranti vape yang disyaki untuk diseludup keluar ke negara jiran tanpa pengikraran yang sah.

“Operasi berkenaan melibatkan rondaan rutin menerusi Op Aman, Op Tiris 3.0, Op Guard dan Op Khas Pagar Laut oleh anggota Maritim Malaysia serta gabungan maklumat risikan zon-zon maritim Kedah-Perlis,” katanya.

Beliau berkata, lori tersebut dipandu seorang lelaki bersama dua pekerja warga tempatan berumur antara 19 hingga 47 tahun.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut menemui sebanyak 56 kotak berwarna coklat yang mengandungi hampir 16,500 unit pelbagai jenis peranti vape.

“Jumlah keseluruhan nilai rampasan termasuk kenderaan dianggarkan melebihi RM500,000.

“Kesemua barangan rampasan bersama tiga individu terbabit dibawa ke Pejabat Zon Maritim Kuala Perlis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) dan (d) Akta Kastam 1967 kerana disyaki mengimport atau memiliki barang larangan tanpa kelulusan pihak berkuasa.

Beliau berkata, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau sindiket yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit