Dua suspek curi kabel TM lolos selepas kenderaan terbabas rempuh dinding rumah

GERIK – Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang melarikan diri selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh dinding sebuah rumah di Kampung Parit Panjang, Baling, Kedah dalam kejadian awal pagi tadi.

Kedua-dua suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) di Kampung Star Kecil, Kerunai dekat sini pada malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 9.52 malam sebelum sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu berjaya mengesan sebuah kenderaan mencurigakan dinaiki dua lelaki di persimpangan Taman 1Malaysia sekitar jam 11.38 malam.

Menurutnya, anggota MPV kemudiannya mengejar kenderaan terbabit sebelum menerima bantuan daripada MPV IPD Gerik.

“Suspek bertindak melarikan diri menghala ke Jalan Gerik–Kupang sebelum memasuki kawasan Baling, Kedah.

“Dalam usaha meloloskan diri, salah seorang suspek turut bertindak agresif dengan membaling alat pemotong, kapak serta kabel ke arah kenderaan MPV bagi menghalang polis,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, kenderaan yang dipandu suspek akhirnya hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh dinding sebuah rumah di Kampung Parit Panjang.

“Pemilik rumah yang tinggal bersama ibu dan adik perempuannya bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Namun berdasarkan maklumat pemilik rumah, kedua-dua suspek telah melarikan diri sejurus selepas kemalangan itu,” katanya.

Tambah Abdul Samad, pemeriksaan ke atas kenderaan pacuan empat roda itu menemukan 20 gulung kabel, sebuah telefon bimbit jenama Realme, tiga pemotong kabel serta satu pencungkil besi yang dipercayai digunakan dalam kegiatan mencuri kabel.

Menurutnya lagi, siasatan awal mendapati kenderaan tersebut merupakan kenderaan sewa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya.

Related Posts

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

KUANTAN – Seorang lelaki lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam kolam ikan di sebuah resort di Sungai Ruan, dekat sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan perundingan politik menerusi media sosial perlu dihentikan buat sementara waktu dan digantikan dengan rundingan secara bersemuka di meja perundingan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel