Luahan isteri mangsa rempuhan pacuan empat roda undang sebak warga maya

LAHAD DATU – Sebuah hantaran menyentuh hati mengenai pemergian seorang suami akibat dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) pada bulan kelahirannya sendiri mengundang rasa sebak dalam kalangan warga maya.

Luahan penuh emosi Sulizah tular di media sosial, memperlihatkan betapa peritnya menerima kehilangan insan tersayang, Hapipie Yusof, 42, dalam waktu yang sepatutnya diraikan bersama.

“Suami ku terlalu cepat ko tinggalkan aku dan anak-anak. Di bulan kelahiranku ko tinggalkan aku. Allahuakbar,” tulisnya di Facebook miliknya, Sulizah John.

Dalam perkongsian terbaharu, Sulizah juga menyatakan segala urusan berkaitan suaminya itu dipermudahkan semua pihak termasuk memotong kad pengenalan Allhyarham di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk urusan sijil kematian.

Ahad lepas, Hapipie yang menunggang sebuah motosikal meninggal dunia semasa berehat di bahu jalan sebelum dirempuh 4WD di Jalan Lahad Datu Bypass, Flyover Batu 6 Lahad Datu kira-kira pukul 2.40 petang.

Menurut beberapa komen di hantaran Sulizah, Allahyarham yang bekerja sebagai Pembantu Pembedahan Pergigian di Klinik Pergigian Lahad Datu itu disifatkan seorang sahabat yang baik.

Warganet juga turut mendoakan agar Sulizah terus kuat serta roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT.

Related Posts

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

LAHAD DATU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, semasa menjalankan aktiviti mencari sarang burung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi