Siasatan dalaman UMPSA selesai, laporan dihantar ke KPT minggu depan

KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengesahkan siasatan terhadap penuntut institusi itu yang dikaitkan dengan kandungan kontroversi menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) di media sosial sudah selesai.

Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias berkata, laporan lengkap hasil siasatan itu akan dibawa dan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada Isnin ini untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, proses tatatertib dijalankan mengikut Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah) (Tatatertib Pelajar) 2024.

“Jika sabit kesalahan penuntut itu boleh dihukum sehingga membawa kepada hukuman dibuang dari universiti (dengan) merujuk Kaedah 58.

“UMPSA tidak akan berkompromi dengan penyebaran kandungan yang menghasut kebencian… mengaitkan 3R sehingga mencetuskan ketegangan kaum dan menggugat keharmonian awam,” katanya, seperti dilapor Sinar Harian.

Yatimah berkata, sebelum ini pihak universiti telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan penglibatan pelajar terbabit.

Menurutnya, kandungan tersebut termasuk gambar yang didakwa menunjukkan tindakan menghina agama Islam sehingga menjadi tular dan mencetuskan reaksi di media sosial.

“UMPSA telah mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan peraturan universiti dan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Perkara ini ditangani melalui saluran sewajarnya serta dilaksanakan secara tertib dan profesional,” katanya.

Isu berkenaan sebelum ini mencetuskan perhatian apabila penuntut terbabit dikatakan memijak al-Quran dan membuat hantaran komunikasi jelik melampau menerusi media sosial.

Pada 25 Februari lalu, penuntut itu ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki menghina Islam di laman sosial.

Semalam, penuntut terbabit didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan atas dua pertuduhan berkaitan kes berkenaan, namun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.

Mahkamah menetapkan 8 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Related Posts

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

SHAH ALAM – Tarikh 26 Oktober depan diumumkan sebagai Hari Kelepasan Am Gantian bagi seluruh negeri Selangor bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

SHAH ALAM – Hampir 100 kedai milik pendatang asing tanpa izin (PATI) kini dalam perhatian Kerajaan Selangor. Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, warganegara yang turut bersekongkol…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

Hampir semua gunung berapi di Indonesia masih aktif

Hampir semua gunung berapi di Indonesia masih aktif

PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

2,000 jemaah tunai solat Jumaat bersama PM di Masjid Jamek Kampung Likas

2,000 jemaah tunai solat Jumaat bersama PM di Masjid Jamek Kampung Likas

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT