Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu.

Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki tempatan berbangsa Melayu dan berstatus berkahwin.

Ketua Polis Daerah Selama, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kehilangan lelaki terbabit pada jam 6.58 petang, 31 Mei lalu.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kehilangan mangsa diminta segera tampil membantu pihak berkuasa.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Razak Abdul Ghani di talian 010-2096227 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama di talian 05-8394222,” katanya dalam satu hebahan orang hilang yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Selama.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa kali terakhir dilihat memakai baju kemeja-T dan seluar berwarna kehitaman.

“Mangsa mempunyai ciri-ciri fizikal berbadan gempal, berketinggian kira-kira 160 sentimeter, berkulit hitam manis serta berambut pendek,” katanya.

Dalam pada itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua turut melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menurut JBPM dalam satu kenyataan pada Isnin, pencarian dijalankan di empat sektor meliputi kawasan seluas kira-kira sembilan kilometer persegi dengan menggunakan konsep Last Known Position (LAST) serta teknik Fan Searching.

“Sehingga jam 5 petang, mangsa masih belum ditemui. Operasi akan diteruskan semula sekiranya terdapat petunjuk baharu yang boleh membantu usaha pencarian,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang terlihat mangsa atau mempunyai maklumat diminta segera menghubungi pihak berkuasa bagi membantu mempercepatkan usaha mengesannya.

Related Posts

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

TENOM – Program kebun sekolah yang bertujuan memupuk kesedaran terhadap keterjaminan makanan serta keusahawanan pertanian dalam kalangan pelajar dijangka diperluaskan secara besar-besaran di seluruh Sabah bermula tahun hadapan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Kesyukuran Doa Akhir Tahun 1447 Hijrah dan Doa Awal Tahun Baharu Hijrah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi