Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

IPOH – Tindakan dua lelaki tempatan dipercayai cuba mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) di kawasan Taman Rapat Setia Baru di sini tidak bertahan lama apabila kedua-duanya berjaya diberkas polis awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, tangkapan dilakukan kira-kira jam 1 pagi di sebuah restoran di Bercham hasil risikan dan siasatan susulan rakaman video tular di aplikasi X pada 31 Mei lalu.

Menurut beliau, video berkenaan memaparkan dua lelaki dalam keadaan mencurigakan membuka kotak Distribution Box (DB) milik TM berhampiran sebuah rumah di Taman Rapat Setia Baru.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada kehilangan kabel berlaku, namun terdapat kesan cubaan membuka dan menggeledah kotak DB tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 34 dan 38 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Semakan rekod lampau mendapati seorang suspek mempunyai satu rekod kes jenayah dan tujuh rekod kes dadah, manakala seorang lagi mempunyai tiga rekod kes jenayah,” katanya.

Tambah beliau, polis turut merampas sebuah kereta Proton Persona berwarna merah yang dipercayai digunakan semasa kejadian selain beberapa barangan lain bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri.

Dalam pada itu, Muhammad Najib berkata, pihak polis menghargai kerjasama orang awam yang menyalurkan maklumat berkaitan kejadian jenayah.

Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Related Posts

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

TENOM – Program kebun sekolah yang bertujuan memupuk kesedaran terhadap keterjaminan makanan serta keusahawanan pertanian dalam kalangan pelajar dijangka diperluaskan secara besar-besaran di seluruh Sabah bermula tahun hadapan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Kesyukuran Doa Akhir Tahun 1447 Hijrah dan Doa Awal Tahun Baharu Hijrah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi