Perjanjian mega RM1.1 bilion: Bekas menteri, KSU dipanggil beri keterangan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah memanggil seorang bekas menteri kanan berhubung dakwaan penyelewengan pelaburan mega semi konduktor bernilai RM1.11 bilion.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, bekas menteri itu adalah antara 12 individu yang telah dipanggil SPRM setakat ini untuk dirakam keterangan dan percakapan.

“Setakat ini SPRM sudah memanggil 12 individu daripada kementerian terbabit, antaranya Ketua Setiausaha kementerian dan pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA),” di Ibu Pejabat SPRM, pada Rabu.

Ditanya adakah Datuk Seri Rafizi Ramli juga akan dipanggil SPRM, Azam bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

“Saya tidak mahu sebut (nama bekas menteri). Ada daripada bekas menteri yang telah dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya.

Dalam pada itu, Azam memaklumkan, siasatan dilakukan berdasarkan aduan membabitkan sebuah projek kerjasama strategik semi konduktor antara kerajaan Malaysia dengan Arms Holdings sebuah syarikat berpangkalan di United Kingdom (UK).

“Kami sedang menentukan sama ada terdapat unsur penyalahgunaan kuasa, penipuan atau isu tadbir urus.

“SPRM juga telah berjaya mendapatkan dokumen-dokumen penting kerjasama berkaitan projek itu termasuk kertas-kertas Kabinet mengenainya,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Azam berkata, pihaknya kini sedang mengesan seorang individu yang boleh dijadikan saksi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Saksi itu kini dilaporkan berada di luar negara dan bekerja di syarikat yang berpangkalan di UK itu. Kita telah menggunakan pelbagai cara untuk memanggil beliau balik ke sini untuk dirakam percakapan,” katanya.

Related Posts

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman