Op Middleman: SPRM sita aset, beku akaun lebih RM7.69 juta

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membeku 59 akaun individu serta menyita pelbagai aset daripada tonto atau orang tengah untuk merasuah pegawai penguat kuasa berjumlah RM7,691,465,19 menerusi Op Middleman pada 24 Februari lalu.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, operasi itu bagi membanteras kegiatan rasuah dengan memberikan perlindungan haram kepada kenderaan berat bagi mengelak tindakan undang-undang di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Hasil operasi tersebut, menurut beliau, pihaknya berjaya menahan 18 individu termasuk empat pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), empat anggota Polis Trafik, dua pemilik syarikat, tujuh ejen serta seorang pemilik akaun keldai.

“Antara aset yang disita termasuk wang tunai RM326,625; $7,000 dolar Singapura dan $25,000 juta Indonesia Rupiah. Turut disita 25 kereta mewah dianggarkan bernilai RM2.5 juta.

“Pada masa sama, barang kemas kira-kira RM40,000; 27 telefon bimbit kira-kira RM81,000 serta 41 walkie talkie bernilai RM14,760 turut disita.

“Manakala 59 akaun individu termasuk tonto dan syarikat terlibat yang dibeku pula melibatkan dana bernilai RM4,692,280,” katanya menetusi sidang media di Ibu Pejabat SPRM, pada Rabu.

Dalam pada itu, Azam berkata, pihaknya juga sedang mengesan jejak transaksi rasuah berjumlah RM12.48 juta yang disalurkan kepada pihak tertentu dalam tempoh empat tahun dari 2021 hingga 2025.

“Hasil daripada risikan dan juga siasatan, kita cuba mengesan ke mana wang ini telah disalurkan. Duit itu kemudian diberi kepada akaun keldai untuk melunaskan bayaran rasuah kepada pegawai-pegawai JPJ,” katanya.

Beliau memaklumkab, pihaknya juga sedang mengesan jejak transaksi rasuah berjumlah RM12.48 juta yang disalurkan kepada pihak tertentu dalam tempoh empat tahun dari 2021 hingga 2025.

“Hasil daripada risikan dan juga siasatan, kita cuba mengesan ke mana wang ini telah disalurkan. Duit itu kemudian diberi kepada akaun keldai untuk melunaskan bayaran rasuah kepada pegawai-pegawai JPJ.

“Siasatan masih diteruskan dan kami akan mengambil masa kira-kira sebulan untuk menyiasatkan semua individu yang terlibat dan juga kita juga menyiasat akaun-akaun yang disita,” katanya.

Sementara itu, ditanya tentang peranan pegawai JPJ dan anggota polis trafik yang ditahan, jelas Azam, mereka  membantu pihak tonto untuk menembusi sistem kerajaan dengan memberi suapan sehingga RM1,000 setiap transaksi.

“Kalau tanya kadar rasuah setiap anggota itu sebenarnya nilainya setiap kali pembayaran itu tidaklah besar. Mungkin dalam bayaran tak lebih dari RM1,000 satu transaksi.

“Tapi ia berulang-ulang, sekarang ini ada empat pegawai JPJ, kami sedang menjalankan siasatan lagi,” katanya. 

Related Posts

Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

PUTRAJAYA – Pengguna perkhidmatan telekomunikasi di negara ini yang layak, bakal menikmati 10 gigabyte (GB) data internet percuma sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 menerusi Insentif Rebat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ruang udara KL, Putrajaya ditutup sementara sempena Hari Kebangsaan

PETALING JAYA – Ruang udara di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya akan ditutup sementara pada tempoh tertentu sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA