Rafizi mengadap Raja Perlis, persembah status terkini projek Persekutuan

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail hari ini menerima kunjungan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang mempersembahkan status terkini projek kerajaan Persekutuan di sini hari ini.

Rafizi dalam lawatan kerja sehari ke Perlis telah mempersembahkan taklimat mengenai status terkini beberapa projek kerajaan Persekutuan di negeri itu.

Beliau turut bertukar pandangan dengan Raja Perlis Raja mengenai inisiatif serta peruntukan Kerajaan Persekutuan yang diharap dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat Perlis.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid dan Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Dalam sesi tersebut, turut dimaklumkan bahawa negeri Perlis menawarkan pelbagai peluang pelaburan, termasuk dalam sektor pertanian, pembuatan, tenaga boleh diperbaharui seperti solar, logistik serta pelancongan dan sukan rekreasi.

Peruntukan dan inisiatif kerajaan Pusat itu diharapkan dapat memajukan ekonomi negeri dan memberi manfaat kepada rakyat Perlis.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok