Bayi lelaki 30 hari meninggal selepas diberi susu

KOTA BHARU – Seorang bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia selepas diberi susu oleh seorang jururawat yang ditugaskan menjaganya di sebuah pusat jagaan berpantang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, bayi itu disahkan meninggal dunia semasa dibawa ke Kota Bharu Medical Centre (KBMC) di sini untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan pengabaian sehingga menyebabkan kematian bayi itu pada pukul 8.24 pagi tadi

“Mangsa merupakan seorang bayi lelaki berusia 30 hari didapati tidak sedarkan diri selepas diberi susu oleh seorang jururawat yang ditugaskan menjaganya. Bayi itu kemudian dibawa ke KBMC untuk rawatan sebelum disahkan telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, suspek yang merupakan jururawat berusia dalam lingkungan 20-an telah ditahan kira-kira pukul 6 petang tadi.

Katanya, wanita yang masih bujang itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk permohonan reman pagi esok.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” ujarnya

Related Posts

Media terus jadi rakan strategik sebar aspirasi SMJ 2.0

KOTA KINABALU – Pengamal media di Sabah diharap terus menjadi rakan strategik kerajaan dalam menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat, khususnya berkaitan pelaksanaan inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0. Pengerusi Sekretariat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

TAWAU – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di daerah ini perlu disegerakan dan diperbanyakkan bagi menangani isu banjir berulang yang semakin membimbangkan khususnya di beberapa kawasan berisiko. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Media terus jadi rakan strategik sebar aspirasi SMJ 2.0

Media terus jadi rakan strategik sebar aspirasi SMJ 2.0

PRN Negeri Sembilan: 14 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka

PRN Negeri Sembilan: 14 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka

Bersatu bakal digugurkan, serah kepada Majlis Tertinggi PN – Samsuri

Bersatu bakal digugurkan, serah kepada Majlis Tertinggi PN – Samsuri

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang