PN pilih coach Haizan

KLUANG – Ahli Jawatankuasa Bersatu Bahagian Kluang, Mohd Haizan Jaafar, 61, diumum sebagai calon bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September ini.

Pemilihan Mohd Haizan yang juga bekas jurulatih bola sepak daerah Kluang itu diumumkan Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin pada Majlis Pengumuman Calon PN di Kampung Melayu, di sini, sebentar tadi.

“Calon yang akan mewakili PN di DUN Mahkota adalah seorang bekas pemain bola sepak Johor FA sejak 1982. Kini beliau merupakan seorang jurulatih bola sepak dengan memegang lesen B dalam bidang kejurulatihan.

“Disiplin, ketegasan dan keakraban beliau dengan anak-anak muda menjadikan beliau terkenal dengan gelaran ‘coach’ dalam kalangan masyarakat majmuk Kluang,” katanya.

Beliau berkata, parti melihat anak jati Kluang itu mampu membantu mengembalikan kerusi tersebut kepada PN.

Sabtu lalu, Barisan Nasional (BN) mengumumkan Ketua Pemuda UMNO Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah sebagai calon kerajaan.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.

Allahyarham Sharifah Azizah yang juga Ketua Wanita UMNO Kluang sejak 1993 menawan kerusi DUN itu dengan majoriti 5,166 undi pada PRN 2022.

Related Posts

‘Penyatuan ummah’ cuma perangkap kuasa, Bersatu mangsa terbaharu politik tikam belakang

SLOGAN penyatuan ummah yang sering dilaungkan dalam politik Melayu bukan benar-benar untuk membela rakyat Melayu biasa, sebaliknya lebih berkisar kepada percaturan elit politik bagi merebut kuasa. Bekas Peguam Kanan Persekutuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Premis industri jadi sekolah Rohingya diserbu di Alor Setar

Premis industri jadi sekolah Rohingya diserbu di Alor Setar

Kerajaan Persekutuan disaran beli perkhidmatan kardiologi hospital swasta – Dr Annuar

Kerajaan Persekutuan disaran beli perkhidmatan kardiologi hospital swasta – Dr Annuar

26,000 kenderaan komersial di Sarawak daftar SKDS, KPDN perluas 35 kategori pendaftaran

26,000 kenderaan komersial di Sarawak daftar SKDS, KPDN perluas 35 kategori pendaftaran