Tiga buruh ditahan di Jalan Trusan, positif syabu

LAWAS – Tiga lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai buruh dicekup polis ketika satu pemeriksaan kenderaan di tepi Jalan Trusan pada malam tadi kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, tangkapan tersebut dilakukan oleh sepasukan anggota yang sedang melaksanakan tugas rondaan dan pemeriksaan rutin di kawasan berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut membawa kepada penemuan satu keratan straw mengandungi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu daripada salah seorang suspek.

“Bagaimanapun, tiada sebarang barangan terlarang lain ditemukan pada dua lagi suspek mahupun di dalam kenderaan tersebut. Kesemua dadah yang dirampas itu dianggarkan seberat 0.37 gram,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Liong memaklumkan bahawa ketiga-tiga suspek yang ditahan itu berusia antara 26, 29 dan 33 tahun.

Jelas beliau, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati kesemua mereka positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

“Semakan bagaimanapun mendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” ujarnya.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

TAPAH – Seorang lelaki tempatan cedera selepas ditembak ketika sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bidor Sentral, Bidor, pada petang Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 6.08 petang itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perebutan perniagaan ‘topup’ judi dalam talian punca kedai serbaneka dibakar

KUCHING – Insiden khianat membaling api dan membakar kedai serbaneka di Sarawak disahkan berpunca daripada perebutan perniagaan yang mempunyai kaitan dengan aktiviti penjualan tambah nilai (top-up) bagi perjudian dalam talian.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar

RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar

Belanjawan 2027 pemangkin ekonomi bernilai tinggi