Perebutan perniagaan ‘topup’ judi dalam talian punca kedai serbaneka dibakar

KUCHING – Insiden khianat membaling api dan membakar kedai serbaneka di Sarawak disahkan berpunca daripada perebutan perniagaan yang mempunyai kaitan dengan aktiviti penjualan tambah nilai (top-up) bagi perjudian dalam talian.

Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) merangkap Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis kini sedang giat memburu dalang utama di sebalik rentetan kejadian tersebut.

Menurut beliau, polis telah mengenal pasti kira-kira 10 individu yang dipercayai terlibat dengan tiga daripadanya sudah ditahan, manakala sebahagian lagi didapati telah melarikan diri ke luar negara.

Tegasnya, siasatan turut mendedahkan sebahagian besar kedai serbaneka yang menjadi sasaran serangan didapati menyalahgunakan lesen perniagaan mereka untuk berselindung di sebalik sindiket perjudian berkenaan.

“Sehubungan itu, saya telah mengarahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (OCCI) untuk menulis surat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya tindakan selanjutnya diambil terhadap premis terbabit.

“Kita telah menjalankan tangkapan terhadap tiga orang yang disyaki terlibat dan mengenal pasti lebih kurang 10 orang setakat hari ini, dengan ada yang telah pun melarikan diri ke luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak pada Rabu.

Mohamad Zainal memberi amaran bahawa kes khianat dengan api itu merupakan kesalahan jenayah serius yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Malah, katanya, tindakan lebih ketat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) boleh dikenakan sekiranya kes tersebut memenuhi kriteria jenayah terancang.

Mengulas lanjut mengenai taktik sindiket perjudian, beliau menggesa agar undang-undang sedia ada, khususnya Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dikemas kini segera memandangkan akta lapuk itu digubal sebelum wujudnya teknologi perjudian dalam talian tanpa sempadan.

Tambahnya, komitmen berterusan PDRM Sarawak dalam membanteras kegiatan itu terbukti apabila hampir 1,600 individu dituduh di mahkamah pada tahun lalu, manakala kira-kira 900 lagi individu telah ditangkap dan didakwa setakat tahun ini.

Sebelum ini, polis sedang giat memburu dua lelaki susulan insiden khianat dengan api yang menyasarkan dua buah kedai serbaneka 24 jam di sekitar bandar raya ini pada 21 September lalu.

Difahamkan, insiden paling kritikal direkodkan di cawangan Jalan Green Road apabila dua suspek lelaki bertindak membaling objek ke dalam premis berkenaan sehingga mencetuskan dua letupan dan mengakibatkan kebakaran.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun