Op Tapis Khas: 30 dicekup, 14 gram syabu dirampas di Miri

MIRI – Seramai 30 individu termasuk tujuh warga asing dicekup selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah menerusi Op Tapis Khas di sekitar daerah ini.

Operasi selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Februari lalu itu digerakkan oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kesemua individu yang ditahan membabitkan 18 lelaki dan lima wanita tempatan, manakala baki tujuh lagi adalah lelaki warga asing.

Menurutnya, dalam operasi gempur tersebut, pihak polis turut berjaya merampas bahan disyaki dadah jenis syabu (methamphetamine) seberat kira-kira 14 gram.

“Nilai keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan berjumlah RM1,562.

“Daripada jumlah tangkapan tersebut, dua kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, 11 kes di bawah Seksyen 12(3) manakala 30 kes lagi mengikut Seksyen 15(1)(a) akta yang sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, polis turut menahan seorang individu susulan waran tangkap yang dikeluarkan selepas suspek gagal hadir ke Mahkamah Miri bagi pertuduhan berkaitan kes dadah.

Kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan lanjut sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan.

Tegas Mohd Farhan Lee, pihak polis komited dalam mempergiat dan memperketatkan usaha membanteras gejala najis dadah di daerah tersebut tanpa sebarang kompromi.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti pengedaran atau penagihan dadah diseru supaya tampil menyalurkannya kepada pihak polis untuk tindakan segera.

Related Posts

Perancangan bandar perlu seiring kesejahteraan rakyat – Dr Sim

KUCHING – Hubungan antara kesihatan awam, reka bentuk bandar dan persekitaran binaan perlu diberi perhatian dalam merancang pembangunan bandar yang lebih sihat, mampan dan mampu meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Perkara itu antara penekanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kira-kira lima juta rakyat dijangka menerima manfaat menerusi pelbagai program impak sosial yang dilaksanakan bersama pemain industri di bawah LESTARI: Rangka Kerja dan Pelan Hala Tuju Kelestarian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap Perdana Menteri, bincang perkembangan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Agong terima menghadap Perdana Menteri, bincang perkembangan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Perancangan bandar perlu seiring kesejahteraan rakyat – Dr Sim

Perancangan bandar perlu seiring kesejahteraan rakyat – Dr Sim

Bekas CEO FIC didakwa tipu Lembaga Pengarah berkaitan projek, tanah RM691.7 juta

Bekas CEO FIC didakwa tipu Lembaga Pengarah berkaitan projek, tanah RM691.7 juta

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

  • By Fatin
  • September 29, 2026
40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA