Tesla buka bengkel, pusat servis di Georgetown

PUTRAJAYA – Tesla Malaysia mengembangkan operasinya di Pulau Pinang menerusi pembukaan pusat servis dan bengkel baharu di Seberang Jaya, dekat Georgetown, hari ini.

Pengarah Serantau Tesla, Isabel Fan berkata, pusat servis itu dapat menawarkan sokongan servis yang lebih baik untuk pemilik Tesla di negeri ini.

”Pusat servis di Seberang Jaya yang memulakan operasi hari ini direka untuk memastikan semua keperluan servis dan pembaikan diuruskan dengan cekap.

”Kami yakin ia dapat memberikan kemudahan serta perkhidmatan yang lebih pantas kepada pelanggan Tesla di Pulau Pinang,” katanya selepas menghadiri majlis pelancaran stesen supercharger V4 di Gurney Plaza oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yoew.

Isabel berkata, stesen supercharger V4 yang pertama di Pulau Pinang itu terletak di tempat letak kereta, tingkat bawah (B1), Gurney Plaza.

“Stesen ini dilengkapi dengan empat Supercharger V4 250 kilowatt yang canggih.

“Ia bukan sahaja akan memenuhi keperluan pengecasan tempatan untuk pemilik Tesla, tetapi juga menyokong perjalanan jarak jauh di seluruh wilayah utara Semenanjung,” katanya.

Related Posts

Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan berdepan ketidaktentuan global – Penganalisis

EKONOMI Malaysia dijangka terus berdaya tahan dalam berdepan ketidaktentuan global, disokong permintaan domestik yang kukuh serta prestasi eksport sektor strategik, kata Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MATRADE naikkan sasaran MIHAS 2026 kepada RM5 bilion

KUALA LUMPUR – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menaikkan sasaran nilai jualan keseluruhan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 kepada RM5 bilion berbanding RM4.5 bilion sebelum ini. Ketua Pegawai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg Daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg Daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

  • By Aden
  • August 25, 2026
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September