Tiga lelaki miliki petrol tanpa lesen didenda hingga RM10,000, penjara

SEMPORNA – Tiga lelaki mengaku bersalah miliki minyak petrol tanpa lesen dijatuhi hukuman denda RM6,000 hingga RM10,000 atau penjara empat hingga enam bulan jika gagal bayar di Mahkamah Sesyen Tawau, pada Selasa.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna, Dr Jong Jee Leong berkata, tertuduh dijatuhkan hukuman atas kesalahan miliki barang kawalan minyak petrol sebanyak 225 liter di dalam sembilan unit jerikin (tong) secara runcit atau borong tanpa lesen yang termasuk di bawah Seksyen 20(1), akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

“Atas kesalahan itu Hakim Mahkamah Sesyen Tawau, Yang Arif Ahmad Faizadh Yahaya menjatuhkan hukuman denda RM10,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar kepada tertuduh pertama, Razif Maek, 39.

“Manakala tertuduh kedua, Herman Hassan, 37, didenda RM6,000 atau penjara empat bulan jika gagal bayar dan tertuduh ketiga, Kalding Jabi, 45, tiada dokumen pengenalan diri, dikenakan hukuman penjara empat bulan serta diperintah merujuk ke Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran setelah selesai menjalani hukuman,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau tangkapan telah dilakukan pada 3 September lalu oleh pasukan polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Semporna di kawasan tepi bakau, Kampung Sinallang Lama.

“Pada 3 September lepas pukul 7.30 malam waktu tangkapan, didapati semua tertuduh memiliki barang kawalan berkenaan yang diletakkan di atas bonet kenderaan jenis Isuzu Dmax berwarna kelabu gelap.

“Semua tertuduh tidak memiliki sebarang lesen atau kebenaran menyimpan barang kawalan berkenaan kemudian diserahkan kepada pihak KPDN untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tambah Jong, KPDN Semporna tidak akan berkompromi dengan aktiviti melibatkan barang kawalan dan akan terus meningkatkan penguatkuasaan membanteras aktiviti penyelewengan dan ketirisan barang kawalan di daerah berkenaan.

Related Posts

Geran pembangunan diagih, penerima diharap beri impak positif kepada Miri

MIRI – Sebanyak 25 organisasi menerima geran peruntukan bagi memperkukuh pelaksanaan pelbagai inisiatif dan aktiviti yang memberi manfaat berterusan kepada komuniti di bandar raya ini. Datuk Bandar Miri merangkap Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kualiti udara merosot, sekolah di Kuching dan tiga daerah laksana PdPR

KUCHING – Semua sekolah di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak bagi daerah Kuching, Padawan, Serian dan Samarahan diarah tutup berkuat kuasa serta-merta selama dua hari bermula hari ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Geran pembangunan diagih, penerima diharap beri impak positif kepada Miri

Geran pembangunan diagih, penerima diharap beri impak positif kepada Miri

Elemen terpilih GST dalam SST bantu atasi cukai bertindih

Elemen terpilih GST dalam SST bantu atasi cukai bertindih

Kualiti udara merosot, sekolah di Kuching dan tiga daerah laksana PdPR

Kualiti udara merosot, sekolah di Kuching dan tiga daerah laksana PdPR

Angin kencang landa Limbang, sembilan lokasi terjejas pokok tumbang

Angin kencang landa Limbang, sembilan lokasi terjejas pokok tumbang

1,859 peserta sertai perarakan komponen ekonomi sempena Hari Kebangsaan 2026

1,859 peserta sertai perarakan komponen ekonomi sempena Hari Kebangsaan 2026

Penipuan dalam talian semakin kompleks, liputan kempen kesedaran perlu diperluas

Penipuan dalam talian semakin kompleks, liputan kempen kesedaran perlu diperluas