Pijak al-Quran: Semua pihak perlu bertenang, jangan buat provokasi – MP Paya Besar

KUANTAN – Seorang pemimpin UMNO menyeru semua pihak bertenang dan tidak terlibat dengan sebarang provokasi susulan kes pelajar universiti yang didakwa memijak al-Quran.

Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah menggesa pihak universiti menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan tegas selaras dengan peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa terhadap pelajar itu.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini kerana sebarang perbuatan menghina kitab suci mana-mana agama adalah tidak boleh diterima dan bercanggah dengan nilai keharmonian serta saling menghormati yang menjadi asas negara kita.

“Dalam mengecam perbuatan ini, saya menyeru semua pihak supaya bertenang dan tidak terlibat dengan sebarang provokasi yang boleh mengganggu perpaduan,” katanya seperti dilapor Free Malaysia Today.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Ekonomi berkata, al-Quran amat mulia bagi umat Islam dan tindakan sebegini melukakan perasaan masyarakat.

“Namun dalam masa yang sama, kita mesti mempertahankan prinsip negara majmuk yang berteraskan hormat dan persefahaman.

“Jangan biarkan tindakan seorang individu merosakkan perpaduan yang telah kita bina bersama,” katanya.

Pada 25 Februari lalu, seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki menghina Islam di media sosial.

Imej kaki seorang lelaki dewasa memijak al-Quran dan tangkap layar hantaran individu didakwa penuntut UMPSA itu kemudian tular di media sosial.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman dilaporkan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Semalam, Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, tempoh reman lelaki 21 tahun – yang sepatutnya tamat semalam – disambung hingga 3 Mac susulan arahan timbalan pendakwa raya supaya ‘beberapa tindakan lagi diambil’ untuk melengkapkan siasatan.

Setakat Jumaat, polis menerima 28 laporan di seluruh negara berhubung kes berkenaan.

Related Posts

Hayati semangat Aidiladha, dua beradik pilih sertai sukarelawan korban

DUA gadis manis dari Semenyih memilih kelainan menyambut Hari Raya Aidiladha dengan menyertai sukarelawan korban di Ladang Ternakan Saville Fresh di sini, bagi merasai sendiri pengalaman menguruskan ibadah korban. Pasangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Permintaan korban cecah RM350 juta cerminan ekonomi domestik masih kukuh

PERMINTAAN ibadah korban yang dianggarkan mencecah RM350 juta tahun ini dilihat sebagai petunjuk positif terhadap kekuatan permintaan domestik negara selain mencerminkan kemampuan rakyat dalam melaksanakan tuntutan agama walaupun dunia berdepan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah perlu pakar perkembangan pediatrik bantu kanak-kanak autisme

  • By Ynom
  • May 27, 2026
Sabah perlu pakar perkembangan pediatrik bantu kanak-kanak autisme

Hayati semangat Aidiladha, dua beradik pilih sertai sukarelawan korban

Hayati semangat Aidiladha, dua beradik pilih sertai sukarelawan korban

Siti Asmah jadi jambatan komunikasi, pemangkin masyarakat inklusif

Siti Asmah jadi jambatan komunikasi, pemangkin masyarakat inklusif

Budaya tohmah, fitnah wabak sosial perlu dihapus

Budaya tohmah, fitnah wabak sosial perlu dihapus

Permintaan korban cecah RM350 juta cerminan ekonomi domestik masih kukuh

Permintaan korban cecah RM350 juta cerminan ekonomi domestik masih kukuh

Pasukan takraw Malaysia kini kembali mengaum di dunia sukan

Pasukan takraw Malaysia kini kembali mengaum di dunia sukan