Pijak al-Quran: Jangan biarkan spekulasi gugat keamanan, keharmonian jadi korban

PUTRAJAYA – Tindakan pihak berkuasa yang sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung kes pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memijak al-Quran mencerminkan komitmen kerajaan terhadap prinsip kedaulatan undang-undang, proses yang adil serta telus.

Penganalisis keselamatan dan hubungan antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan fakta sebenar dikenal pasti sebelum sebarang tindakan diambil.

“Tindakan ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak senyap atau berdiam diri, sebaliknya menyerlahkan kepentingan keseimbangan antara undang-undang, sensitiviti agama, dan kestabilan sosial. Kerajaan menekankan rule-of-law, prosedur adil serta berpandukan bukti bagi mengelakkan keputusan terburu-buru atau spekulasi yang boleh menjejaskan proses keadilan.

“Langkah kerajaan yang teratur dan telus bukan sahaja memastikan keadilan dapat ditegakkan, tetapi juga mengekalkan keamanan domestik, mengelakkan konflik sosial, dan memelihara reputasi negara di arena antarabangsa,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Ahad.

Daripada perspektif keselamatan, Nur Ashikin berpendapat, langkah berasaskan prosedur dan bukti amat penting dalam mengekalkan kestabilan sosial serta mencegah reaksi spontan yang berisiko mencetuskan ketegangan antara komuniti.

Menurut beliau, dalam era media sosial, naratif provokatif boleh diperhebatkan dengan pantas termasuk pihak luar yang berkepentingan dan disebabkan itu,
masyarakat perlu menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak berkuasa dan tidak membuat sebarang spekulasi sendiri.

“Sebarang kenyataan atau tindakan provokatif boleh menggugat keamanan dan keharmonian. Selain itu, isu ini juga mempunyai implikasi terhadap hubungan antarabangsa dan imej Malaysia.

“Respons kerajaan yang berlandaskan prosedur dan bukti menunjukkan bahawa Malaysia serius dalam menghormati kebebasan beragama, menegakkan undang-undang, dan mengekalkan kredibiliti negara di peringkat global.

“Pendekatan itu mengurangkan risiko persepsi negatif yang boleh dimanipulasi oleh pihak luar serta memperkukuh imej Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil, bertanggungjawab, dan mengutamakan keharmonian sosial,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Ashikin berkata, siasatan menyeluruh oleh pihak berkuasa dilihat dapat mengurangkan risiko sebarang tindak balas yang boleh menjejaskan keselamatan dalaman.

Tambah beliau, sekiranya tidak ditangani secara sistematik, perbuatan ini berpotensi menimbulkan ketegangan dalaman, mobilisasi protes, atau penyebaran naratif ekstremis yang menjejaskan keamanan domestik.

“Insiden berkaitan perbuatan yang menyinggung al-Quran boleh dianalisis sebagai isu keselamatan bukan tradisional, di mana sensitiviti agama menjadi faktor utama dalam kestabilan sosial.

“Tindak balas kerajaan yang berasaskan prosedur dan bukti menunjukkan Malaysia serius dalam menangani isu sensitif secara profesional, sekaligus meminimumkan kemungkinan implikasi diplomatik negatif atau persepsi buruk yang boleh dimanipulasi oleh pihak luar,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang pengguna Threads didakwa memuat naik gambar memijak al-Quran.

Individu berkenaan yang didakwa merupakan pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) kemudiannya tampil memohon maaf atas tindakannya memuat naik gambar tersebut.

Penahanan turut dilakukan susulan satu laporan polis yang dibuat oleh bapanya pada awal pagi Rabu lalu selepas menyedari hantaran berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Suspek direman selama empat hari bermula Rabu dan disambung semula sehingga Selasa depan.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula