Akibat pukul warga emas, peniaga sambut Aidilfitri di penjara

SHAH ALAM – Seorang peniaga terpaksa menyambut Aidilfitri tahun ini di penjara, selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam memberi hukuman itu kerana memukul dan mengugut warga emas di Jalan Cheras – Hulu Langat, bulan lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Saiful Adli Yusof, dalam prosiding semakan hukuman terhadap keputusan Mahkamah Majistret sebelum ini.

Mahkamah mengguna pakai Seksyen 323 Kanun Tatacara Jenayah untuk memanggil semula kes tersebut dan mengenepikan hukuman denda yang diputuskan Mahkamah Majistret.

“Kamu dipenjara empat bulan bermula hari ini. Bagi dua pertuduhan, kedua-dua hukuman berjalan serentak,” kata hakim.

Saiful, 52, sebelum ini mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Liew Khoon Foo, 70, serta mengugut mahu membunuh mangsa.

Dalam prosiding pada Khamis, Khoon Foo membacakan pernyataan impak mangsa dalam Bahasa Mandarin dengan menyatakan beliau mengalami trauma, takut keluar rumah serta tidak lagi berani memandu.

Mangsa turut memaklumkan menerima enam jahitan di lidah sehingga menyukarkannya untuk makan dan menafikan sengaja melanggar kenderaan tertuduh.

Pada 10 Februari lalu, Majistret Mahkamah Kajang, Fatin Dayana Jalil menjatuhkan hukuman denda keseluruhan RM5,500 selepas tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, kesalahan dilakukan di Jalan Cheras-Hulu Langat, Batu 9 Cheras pada pukul 4.05 petang, 8 Februari lalu.

Related Posts

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

PUTRAJAYA – Malaysia mencatat kemajuan memberangsangkan dalam agenda pendigitalan apabila melonjak ke kedudukan ke-13 dunia bagi faktor Infrastruktur Teknologi dalam laporan Indeks Daya Saing Global 2026 yang diterbitkan oleh Institut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Syabu tawan Pantai Timur, Pendang catat kes dadah tertinggi

KUALA LUMPUR – Ancaman dadah kekal musuh nombor satu negara, justeru pihak berkuasa terus giat mengambil tindakan daripada pelbagai aspek bagi mengekang masalah itu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat