PM puji keberanian 7 pemuda selamatkan 3 beranak terhumban ke tasik

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap tujuh pemuda yang bertindak pantas menyelamatkan seorang ibu bersama dua anak kecil selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam Tasik Biru di Kundang, Isnin lalu.

Perdana Menteri berkata, tindakan nekad pemuda-pemuda berkenaan yang sanggup mempertaruhkan keselamatan diri demi menyelamatkan mangsa wajar dipuji dan dihargai.

“Saya tersentuh tatkala membaca kisah keberanian tujuh pemuda yang bertindak pantas terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan seorang ibu dan dua anak kecil yang terlibat dalam nahas di Kundang.

“Tindakan nekad mereka yang mendahulukan nyawa orang lain walaupun keselamatan diri sendiri menjadi taruhan telah menyelamatkan tiga nyawa,” katanya di Facebook.

Anwar menambah, keberanian dan keikhlasan semua pemuda itu mencerminkan nilai kemanusiaan dan ihsan yang amat bermakna.

Pada masa sama, beliau mendoakan agar ibu dan kedua-dua anak yang terlibat dalam insiden berkenaan diberikan kesembuhan serta berada dalam perlindungan Allah SWT.

Kelmarin, media melaporkan seorang ibu bersama dua anak kecil berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam Tasik Biru di Kundang.

Bagaimanapun, tindakan pantas tujuh pemuda yang berada di lokasi kejadian berjaya menyelamatkan ketiga-tiga mangsa daripada lemas.

Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Related Posts

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

KENYATAAN Presiden Pas dalam tulisan Minda Presiden bertajuk ‘Pas tidak pisahkan politik daripada Islam (Al-Din)’ yang menjelaskan keputusan menamatkan kerjasama dengan Bersatu atas alasan pelanggaran prinsip syariah, kemungkaran politik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Albert Tei hantar surat cabaran debat kepada KP JKOM

PUTRAJAYA – Ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei meminta Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali memberi kepastian berhubung penganjuran debat yang dicadangkan sebelum ini, termasuk menetapkan tarikh, masa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Video murid dibuli di Tenom tular, polis dan JPN Sabah siasat

Video murid dibuli di Tenom tular, polis dan JPN Sabah siasat