Hujan berterusan cetus amaran bahaya tanah runtuh di Bukit Mas

LIMBANG – Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada dan mengelak daripada menghampiri kawasan cerun serta lembah berisiko di Bukit Mas susulan keadaan hujan berterusan yang melanda kawasan berkenaan.

Amaran tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) pada Selasa selepas bacaan alat pengukur hujan automatik merekodkan paras air melebihi tahap bahaya setakat jam 6.01 pagi.

Menurut JMG, keadaan cuaca semasa itu menunjukkan risiko berlakunya bencana geologi, khususnya insiden tanah runtuh kini berada pada tahap yang membimbangkan.

Susulan itu, orang awam digesa supaya segera melaporkan sebarang tanda-tanda awal pergerakan tanah seperti kesan rekahan, pokok condong atau tumbang, serta aliran air berlumpur.

Laporan boleh disalurkan segera kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan atau dengan menghubungi talian kecemasan 999.

Pada masa sama, penduduk serta pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mengalihkan kenderaan dan mengosongkan bangunan yang terletak berhampiran cerun sekiranya wujud sebarang ancaman keselamatan.

Mereka juga diingatkan agar sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan bersiap sedia untuk berpindah dengan kadar segera sekiranya diarahkan berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

Related Posts

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

KUANTAN – Seramai 98 calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 memperoleh keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 di Pahang. Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran) Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

KANGAR – Seramai 154 calon atau lebih 40 peratus daripada keseluruhan calon STPM 2025 di Perlis berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.00 ke atas, sekali gus membuktikan kualiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas