18 mangsa banjir diselamatkan, lima daerah diisytihar bencana

KOTA KINABALU – Seramai 18 mangsa daripada tiga keluarga berjaya diselamatkan dalam kejadian banjir yang melanda Kampung Sugiang Lama, Kemabong, pada Selasa.

Menurut kenyataan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.51 malam sebelum sepasukan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 29 kilometer dari balai.

Komander Operasi, Azri Bidin berkata, kejadian itu menyebabkan kebanyakan rumah serta jalan raya di kampung berkenaan dinaiki air.

“Pasukan bomba menjalankan operasi penyelamatan dan pemindahan mangsa. Kesemua 18 mangsa berjaya dibawa keluar dengan selamat.

“Mangsa terdiri daripada tujuh lelaki dewasa, lima perempuan dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Rabu.

Tambahnya, mangsa dikumpulkan di Surau Kampung Bagiang Lama sebelum sebahagian daripada mereka dihantar ke rumah keluarga terdekat.

Usaha menghantar mangsa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Ontoros Kemabong bagaimanapun tidak dapat diteruskan selepas laluan di Jalan Kampung Kalamatoi tidak boleh dilalui akibat ditenggelami air.

Sementara itu, Sipitang, Beaufort, Membakut, Tenom dan daerah kecil Sook diisytiharkan bencana banjir susulan peningkatan paras air yang menjejaskan beberapa kawasan penempatan penduduk kampung.

Dalam satu kenyataan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) berkata, pengisytiharan tersebut dikeluarkan selepas menerima laporan serta makluman lapangan daripada agensi-agensi yang terlibat.

Menurut kenyataan tersebut, tiga pusat pemindahan sementara telah diaktifkan iaitu di Dewan Mini Mesapol, Dewan SK Padang Berampah dan Dewan Kesenian Islam Membakut dan susulan daripada pemeriksaan kawasan dan rumah penduduk rumah terjejas bencana telah tidak selamat didiami.

Pihak berkuasa daerah bersama agensi keselamatan dan penyelamat kini giat memantau perkembangan semasa serta mengambil langkah serta memastikan keselamatan dan kebajikan penduduk terjejas turut terjaga.

Related Posts

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

BERUAS – Tokoh masyarakat dan politik, Datuk Dr Azhar Ahmad menafikan dakwaan tular yang mendakwa beliau bertindak agresif dengan menampar seorang pelajar yang juga cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

KUNDASANG – Projek Pengeluaran Benih Bawang Merah yang dibangunkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Kampung Mesilou berpontensi menjadi hab pengeluaran strategik negara dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana