Wanita meninggal dunia dalam kereta berkunci

GEORGE TOWN – Seorang wanita ditemui meninggal dunia di tempat duduk pemandu dalam sebuah kereta berkunci dipenuhi pelbagai barangan di sebuah stesen minyak di Paya Terubong pada malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui Sistem MERS 999 pada jam 7.48 malam untuk membantu membuka pintu kereta terkunci.

Menurutnya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong yang terletak kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian tiba pada jam 8.03 malam.

“Pegawai dan anggota kami menjalankan kerja membuka pintu kereta jenis Perodua Myvi menggunakan peralatan khas dan mendapati seorang wanita tidak sedarkan diri di dalam kenderaan itu.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia yang turut hadir di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Tambah beliau, mayat mangsa berusia 37 tahun itu kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Operasi menyelamat itu diketuai seorang komander dan melibatkan lapan anggota termasuk seorang penyelia. Tiada pegawai kanan lain dilaporkan hadir di lokasi.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.43 malam selepas anggota bomba memastikan tiada kemudaratan lain di kawasan kejadian,” ujarnya.

Related Posts

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

PUTATAN – Golongan muda di Sabah digalakkan berani mencuba perkara baharu dan meneroka potensi diri kerana langkah kecil hari ini mampu berkembang menjadi kemahiran, kerjaya atau kejayaan pada masa hadapan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

KOTA KINABALU – Empat projek menaik taraf jalan di kawasan Parlimen Sepanggar yang telah mendapat kelulusan Kementerian Ekonomi disasarkan dapat disiapkan tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya