ADUN Sungai Manila arah tindakan segera bantu mangsa banjir

SANDAKAN – Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) bersama Unit Pejabat ADUN Sungai (Sg) Manila diarahkan supaya segera menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Hazem Mubarak Musa, berkata, arahan itu dibuat sejurus menerima maklumat mengenai bencana banjir yang menjejaskan penduduk dan peniaga di beberapa lokasi dalam Dewan Undagan Negeri (DUN) Sg Manila.

“Antara premis terjejas ialah Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz Darul Hasanah di Batu 12, Sandakan.

“Banjir ini mengganggu kehidupan harian penduduk selain menyebabkan kerosakan harta benda di beberapa kawasan terlibat.

“Saya berharap bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Beliau turut merakamkan simpati kepada semua mangsa dan memaklumkan akan terus memantau keadaan semasa di kawasan terjejas.

Related Posts

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

KOTA SAMARAHAN – Tiga penuntut Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mencipta kejayaan apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan IC Design Competition 2025 (ICDC25) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

KOTA KINABALU – Sabah merekodkan 484,699 ketibaan pelawat dari China bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, meningkat 25.5 peratus berbanding 386,217 ketibaan dalam tempoh sama pada tahun lalu. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa

Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini