Pemuda Gagasan Rakyat tolak tuntutan Filipina terhadap Sabah, seru rakyat kekal bersatu

KOTA KINABALU – Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menegaskan pendirian tegas dan berprinsip dalam menolak sebarang tuntutan Filipina ke atas Sabah yang disifatkan tidak mempunyai asas perundangan mahupun legitimasi sejarah.

Pemangku Ketua Pemuda Gagasan Rakyat, Azrul Ibrahim berkata, pihaknya memandang serius kenyataan oleh Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) yang menegaskan semula tuntutan terhadap Sabah susulan perbincangan mengenai peta pentadbiran 2012. 

“Sabah merupakan sebahagian yang sah dan berdaulat dalam Persekutuan Malaysia dan kedudukan ini telah dimuktamadkan melalui proses sejarah serta kerangka perundangan antarabangsa.

“Pendirian ini selaras dengan kenyataan Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah sebelum ini yang mengulangi ketegasan Sabah dalam mempertahankan kedaulatan negeri dalam Persekutuan Malaysia dan menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan melayan sebarang tuntutan sedemikian.

“Kami berpandangan isu ini tidak seharusnya dibangkitkan semula kerana ia berpotensi menjejaskan hubungan baik serantau serta mencetuskan kegusaran antara negara terlibat,” katanya dalam kenyataan media, di sini pada Isnin.

Sehubungan itu, Azrul menyeru seluruh rakyat Sabah khususnya golongan muda agar terus bersatu hati dan memperkukuh semangat kebersamaan dalam mempertahankan kedaulatan negeri.

“Dalam menghadapi sebarang cabaran, perpaduan rakyat adalah kekuatan utama yang perlu dipelihara. Sabah adalah tanah air yang dibina atas asas keamanan, keharmonian dan kedaulatan yang tidak boleh dikompromi.

“Kami kekal komited untuk menjadi suara mempertahankan kedaulatan Sabah serta menyokong segala usaha kerajaan dalam memastikan keselamatan dan kestabilan negeri sentiasa terpelihara.

“Dalam soal kedaulatan, pendirian kita jelas, tegas, konsisten dan tidak berkompromi. Sabah kekal bersama Malaysia, dulu, kini dan selamanya,” kongsinya.

Related Posts

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

PORT DICKSON – Tindakan lebih tegas perlu dilaksanakan kerajaan termasuk mengharamkan mana-mana individu atau pihak yang secara terbuka mempertikaikan asal usul orang Melayu, bagi mengekang perbuatan itu daripada terus berulang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

TELUK INTAN – Dua remaja perempuan maut, manakala seorang kanak-kanak lelaki cedera selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta di Jalan Padang Tembak di sini, petang Ahad.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Biarpun ada pihak mahu ‘bungkus’ Anthony, Amirudin yakin DUN Chennah kekal milik PH

Biarpun ada pihak mahu ‘bungkus’ Anthony, Amirudin yakin DUN Chennah kekal milik PH

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10

Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10

Sepang kembali dalam kalendar Formula 1, GP Bahrain 2026 diadakan di Malaysia

Sepang kembali dalam kalendar Formula 1, GP Bahrain 2026 diadakan di Malaysia

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong