Polis giat buru geng curi kabel sekitar Shah Alam

OPERASI memburu sekumpulan lelaki yang terbabit dalam kegiatan mencuri kabel di sekitar Seksyen 3, Shah Alam sedang giat dilakukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Susulan tular rakaman video berdurasi 14 saat yang menunjukkan beberapa lelaki menggunakan kenderaan termasuk pacuan empat roda untuk mencuri kabel pada waktu malam itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, kejadian disedari seorang saksi berusia 30-an yang juga penduduk sekitar lokasi, kira-kira jam 5 pagi Jumaat lalu.

“Kejadian disedari apabila saksi yang sedang tidur terdengar bunyi bising di luar rumah. Dia bangun dan melihat sekumpulan lelaki tidak dikenali sedang memotong kabel.

“Saksi cuba mengekori suspek, namun diberikan amaran. Suspek juga berpatah semula dan cuba mengejar saksi sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramsay berkata, kumpulan itu dipercayai mahir dalam kegiatan curi kabel, termasuk menggali lubang kabel dan menariknya keluar sebelum memotong di lokasi sunyi, dipercayai bagi mendapatkan besi tembaga.

“Usaha mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan. Nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Ramsay berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Muhammad Zamri Abdul Rahman di talian 0111-6652402.

Polis juga menggesa masyarakat segera melaporkan individu mencurigakan atau sebarang aktiviti mencuri kabel melalui talian kecemasan 999.

  • Related Posts

    AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

    MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Miri tampil mengecam keras tindakan pihak tertentu yang mengeksploitasi institusi keagamaan Kristian, termasuk watak paderi dan biarawati, sebagai bahan jenaka berunsur seksual ketika…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

    KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

    Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

    AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

    AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

    Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

    Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

    Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

    Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

    Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

    Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

    Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

    Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang