Puluhan jet pejuang AS mula ‘berkumpul’ di Jordan

PULUHAN pesawat pejuang Amerika Syarikat (AS) dikesan berada di Pangkalan Udara Muwaffaq Salti di Jordan ketika ketegangan antara AS dan Iran semakin memuncak, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Laporan New York Times yang memetik foto satelit dan data penerbangan menyatakan, imej dirakam pada Jumaat menunjukkan lebih 60 pesawat penyerang, iaitu kira-kira tiga kali ganda berbanding jumlah biasa.

Berdasarkan data pengesan penerbangan, sekurang-kurangnya 68 pesawat pengangkut mendarat di pangkalan itu sejak 15 Februari lalu, manakala lebih banyak jet pejuang dipercayai berada di dalam ruang perlindungan khas.

Imej satelit turut mendedahkan kehadiran jet pejuang halimunan F-35 yang lebih moden berbanding pesawat yang biasanya ditempatkan di pangkalan itu.

Beberapa dron, helikopter serta sistem pertahanan udara baharu juga dikesan di lokasi berkenaan.

Pegawai Jordan memberitahu akhbar itu penempatan pesawat dan peralatan ketenteraan AS adalah sebahagian daripada perjanjian pertahanan dengan Washington.

Pada Januari, Presiden AS Donald Trump menyatakan sebuah ‘armada besar’ sedang menuju ke arah Iran, sambil menyatakan harapan agar Tehran bersetuju untuk berunding dan menandatangani perjanjian yang ‘adil dan saksama’ melibatkan pengguguran sepenuhnya senjata nuklear.

Presiden itu turut memberi amaran bahawa sekiranya tiada persetujuan dicapai mengenai program nuklear Iran, sebarang serangan AS pada masa hadapan terhadap negara itu akan menjadi ‘jauh lebih buruk’ daripada siri serangan sebelum ini.

Related Posts

Bangladesh tolak permintaan PBB tambah tanah untuk kem Rohingya

DHAKA – Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan lebih banyak tanah bagi menempatkan pelarian Rohingya, sambil menegaskan penyelesaian jangka panjang terhadap krisis itu adalah melalui penghantaran pulang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
80 peratus kem pelarian Gaza diancam serangan tikus, sisa kumbahan limpah terbuka

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa mengeluarkan amaran bahawa hampir 1.7 juta pelarian Palestin, iaitu sekitar 80 peratus daripada keseluruhan populasi Gaza, terpaksa hidup dalam keadaan amat daif di hampir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang