Vilajoana sasar Kane ganti Lewandowski

CALON presiden FC Barcelona, Xavier Vilajoana, mendedahkan Harry Kane ‘sesuai sepenuhnya’ dengan gaya permainan kelab itu, malah mengesahkan perbincangan awal sudah dilakukan.

Vilajoana, antara empat calon dalam pemilihan presiden pada 15 Mac, berkata Kane yang kini bersama Bayern Munich memiliki profil ideal menggantikan Robert Lewandowski, yang kontraknya dijangka berakhir musim panas ini.

“Kami sudah berhubung secara tidak formal dan saya fikir dia pemain yang sangat sesuai, bergantung kepada situasi kontraknya – dia ialah Harry Kane,” katanya kepada ESPN.

Menurutnya, Kane bukan sekadar penyerang nombor sembilan tulen, malah mampu turun ke bawah untuk menghubungkan permainan dan mencipta ruang buat rakan sepasukan.

“Dia penyerang yang boleh bermain sebagai ‘killer’ di dalam kotak penalti, tetapi pada masa sama mempunyai mobiliti serta berkesan apabila berdepan pasukan yang gemar bertahan.

“Dia akan menambah banyak nilai kepada permainan Barcelona. Saya juga tahu dia menyukai Barcelona.

“Sebenarnya, tidak ramai pemain yang tidak menyukai Barcelona. Jadi perbincangan lanjut akan diadakan,” katanya.

Kane yang berhijrah dari Tottenham Hotspur ke Bayern, menikmati musim cemerlang dengan rekod jaringan mengagumkan dan kontraknya bersama juara Jerman itu masih berbaki sehingga 2027.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai