Peniaga Bazar Ramadan Stutong dipuji utamakan kebersihan tertinggi

KUCHING – Tahap kebersihan di Bazar Ramadan Stutong mendapat pujian Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian berikutan komitmen para peniaga yang mematuhi piawaian pengendalian makanan yang tinggi.

Beliau berkata, sikap peka peniaga yang mempraktikkan pemakaian sarung tangan, penutup kepala, dan apron wajar dicontohi demi menjamin kesejahteraan pengunjung.

“Bagi memastikan keselamatan juadah yang dijual, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) kini sedang giat melakukan pemantauan secara berterusan.

“Langkah ini sangat penting untuk memastikan makanan yang dibeli oleh orang ramai bersih dan selamat, sekali gus mengelakkan sebarang kes keracunan makanan,” katanya.

Dalam masa yang sama, Dr Sim turut menitipkan pesanan kepada masyarakat agar sentiasa berwaspada dan menjaga kesihatan ketika menikmati musim perayaan, terutamanya bagi mengelakkan jangkitan penularan wabak penyakit semasa.

Terdahulu, beliau hadir ke bazar berkenaan bagi menyempurnakan program agihan 700 pek bubur lambuk kepada para pengunjung.

Menyentuh mengenai penganjuran tersebut, Dr Sim menegaskan bahawa program berskala sederhana itu tidak seharusnya dipandang remeh.

Jelas beliau, acara seumpama itu merupakan asas penting dalam menyatukan masyarakat berbilang kaum, selain membina keharmonian dan solidariti yang utuh di Sarawak.

Related Posts

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

GOPENG – Penantian pasangan suami berbaloi apabila menjadi pemenang utama hadiah cabutan bertuah, sebuah motosikal jenis SM Sport 110cc di Program MADANI Kita (PMK) Bersama-sama Komuniti Simpang Pulai@Gopeng bertempat di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

KSU Kementerian Komunikasi edar 200 bungkusan promosi Hari Malaysia 2026 di LTAK

KSU Kementerian Komunikasi edar 200 bungkusan promosi Hari Malaysia 2026 di LTAK