Pertandingan pintu gerbang di Saratok, tradisi setiap tahun meriahkan suasana hari raya Aidilfitri

SARATOK – Suasana kampung di sekitar Saratok bakal terus dimeriahkan lagi tahun ini dengan penganjuran pertandingan pintu gerbang seperti tahun-tahun sebelumnya.

Sudah menjadi tradisi buat warga kampung di Saratok. Apabila tiba musim Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, suasana kampung sememangnya dimeriahkan dengan kehadiran lampu warna-warni pintu gerbang yang pelbagai corak dan ukiran.

Pada Ramadan dan Aidilfitri tahun ini, Pertandingan Pintu Gerbang Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah anjuran Pusat Khidmat ADUN Kalaka dengan kerjasama Lakis Saratok dan Jawatankuasa Tetap Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Majlis Daerah Saratok.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, penganjuran pertandingan dan acara ini adalah wajib setiap tahun yang telah menjadi tradisi buat warga Saratok.

Katanya, acara ini diadakan adalah bagi menambah kemeriahan sempena menyambut hari raya Aidilfitri di sekitar kampung dengan tema pada tahun ini adalah Kesyukuran dan Kesederhanaan.

“Untuk makluman juga, pihak kami telah bekerjasama dengan MDS dengan sangat menggalakkan penggunaan barang kitar semula seperti botol plastik, dan sebagainya dalam penyiapan pintu gerbang mengikut kreativiti tersendiri.

“Tema pertandingan pada tahun ini dipilih kerana bertepatan yang membawa makna begitu mendalam ketika kita menjalani kehidupan seharian khususnya semasa berpuasa. Oleh itu, tema kesyukuran dan kesederhanaan untuk meningkatkan rasa syukur kepada nikmat yang diberikan oleh Allah SWT,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau lagi, hadiah kemenangan bagi pertandingan pintu gerbang pada tahun ini juga telah dinaikkan di mana juara bakal menerima RM5,000 berserta piala dan sijil. Manakala naib juara dan ketiga masing-masing bakal menerima hadiah wang tunai RM4,000 dan RM3,000 berserta piala dan sijil.

Tempat keempat akan menerima hadiah wang tunai RM2,000 beserta sijil dan saguhati akan menerima RM1,500 beserta sijil untuk semua penyertaan.

Borang penyertaan boleh didapati daripada Gapor (019-8449021) atau Nur Hazirah (014-3341342) dan borang penyertaan hendaklah dihantar ke urus setia pada atau sebelum 12 Mac 2026.

Foto: FB Edisi Kalaka Saratok

Related Posts

Sarawak lancar keteq.GaN, cip semikonduktor kuasa pertama reka bentuk tempatan

KUCHING – Sarawak melakar satu lagi sejarah dalam bidang teknologi semikonduktor menerusi pelancaran keteq.GaN, cip semikonduktor kuasa Gallium Nitride (GaN) pertama yang direka bentuk sepenuhnya di negeri itu. Cip inovasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak perlukan lebih ramai wanita berani memimpin – Fatimah

SANTUBONG – Sarawak memerlukan lebih ramai wanita yang berani tampil memimpin, membuat keputusan sukar serta bertanggungjawab terhadap impaknya kepada masyarakat. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan biarkan ‘bom jangka’ Rohingya jadi bom nuklear – Syed Saddiq

Jangan biarkan ‘bom jangka’ Rohingya jadi bom nuklear – Syed Saddiq

Sarawak lancar keteq.GaN, cip semikonduktor kuasa pertama reka bentuk tempatan

Sarawak lancar keteq.GaN, cip semikonduktor kuasa pertama reka bentuk tempatan

Sarawak perlukan lebih ramai wanita berani memimpin – Fatimah

Sarawak perlukan lebih ramai wanita berani memimpin – Fatimah

Jangan politikkan isu sekolah selamat

Jangan politikkan isu sekolah selamat

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun