Sesko muncul wira, United ikat West Ham 1-1

PEMAIN gantian, Benjamin Sesko muncul wira apabila meledak gol penyamaan dramatik pada minit ke-96 untuk menyelamatkan Manchester United daripada aib kekalahan ketika mengikat West Ham United 1-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London, awal pagi tadi.

Keputusan seri itu menyaksikan The Red Devils kekal di tangga keempat liga dengan mengumpul 45 mata daripada 26 perlawanan.

Manakala bagi West Ham, satu mata yang diraih meletakkan mereka dengan 24 mata, masih ketinggalan dua mata untuk keluar dari zon penyingkiran.

Dalam perlawanan tersebut, Tomas Soucek meletakkan West Ham di depan seawal lima minit babak kedua bersambung.

Tuan rumah kelihatan hampir pasti meraih tiga mata berharga sehinggalah penyudah bijak Sesko pada masa kecederaan meremukkan hati penyokong The Hammers.

Keputusan itu turut menamatkan rentetan empat kemenangan berturut-turut United, sekali gus menyaksikan pengurus sementara, Michael Carrick kehilangan mata pertamanya sejak mengambil alih tugas.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai