Malaysia naik kedudukan CPI, cerminan komitmen tegas perangi rasuah – PM

LONJAKAN kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam membanteras rasuah serta memperkukuh sistem tadbir urus negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan tersebut membuktikan usaha menyeluruh kerajaan dalam menangani rasuah yang berakar umbi dan memperbaiki kelemahan struktur pentadbiran negara semakin menunjukkan hasil yang positif.

Malaysia kini berada di tangga ke-54 dunia dalam penarafan CPI, satu pencapaian yang disumbangkan oleh tindakan penguatkuasaan lebih agresif dan bersepadu oleh agensi-agensi berkaitan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Ini termasuk kejayaan memulihkan lebih RM15.5 bilion hasil negara melalui rampasan aset, dana dan pembanterasan sindiket rasuah serta ketirisan yang telah lama menjejaskan kewangan awam,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam kenyataan sama, beliau menzahirkan kesyukuran atas pencapaian itu dan menegaskan kerajaan kekal tegas dalam mempertahankan integriti institusi penting negara tanpa sebarang kompromi.

Tindakan terhadap salah laku dan penyelewengan, termasuk dalam sektor pertahanan serta pendedahan kes rasuah berprofil tinggi dan kegiatan kartel, jelas menunjukkan prinsip kedaulatan undang-undang terus ditegakkan.

“Pencapaian ini juga adalah peringatan untuk kita menggandakan usaha memerangi rasuah secara konsisten dan berani, demi memulihkan keyakinan rakyat serta memastikan amanah negara terus dipertahankan,” kata Anwar.

Menurut laporan CPI 2025 yang diterbitkan Transparency International (TI), Malaysia memperbaiki kedudukannya daripada tangga ke-57 pada 2024 kepada tangga ke-54 pada tahun lalu.

Selain itu, Malaysia menduduki tempat ketiga dalam kalangan negara ASEAN selepas Singapura dan Brunei.

Skor negara turut meningkat kepada 52 mata berbanding 50 mata pada penilaian sebelumnya, sekali gus memperlihatkan perkembangan yang sederhana namun memberangsangkan.

  • Related Posts

    Perpaduan ummah atau perceraian politik?

    ‘PERPADUAN Ummah’ ialah antara slogan paling kerap diulang oleh Pas dalam dua dekad terakhir. Ia kedengaran mulia, menyentuh emosi umat Islam dan memberikan gambaran bahawa Pas ialah parti yang sentiasa…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

    ALOR SETAR – Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Kedah menggesa Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) mempercepatkan proses penempatan semula pelarian Rohingya ke negara ketiga bagi mengurangkan beban…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Perpaduan ummah atau perceraian politik?

    Perpaduan ummah atau perceraian politik?

    UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

    UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

    Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

    Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

    DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei

    DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei

    Polis Sabah tumpaskan sindiket dadah, rampas syabu hampir RM8 juta

    Polis Sabah tumpaskan sindiket dadah, rampas syabu hampir RM8 juta

    Ibu bapa main peranan pelaksanaan kawalan media sosial bawah 16 tahun

    Ibu bapa main peranan pelaksanaan kawalan media sosial bawah 16 tahun