Jalan Marudi–Mulu tingkatkan keterhubungan dan ekonomi pedalaman

MARUDI – Pelaksanaan Pakej 2, Fasa 1 Projek Jalan Marudi–Mulu Kuala Melinau, di bawah Projek MMMLL Road bermula secara rasmi menerusi majlis ringkas penyerahan tapak Site Handover yang diadakan di Marudi, pada pagi Selasa.

Majlis disaksikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek, Datuk Gerawat Gala.

Menurut beliau yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, projek strategik ini merupakan antara inisiatif penting dalam mempertingkatkan jaringan perhubungan darat ke kawasan pedalaman Sarawak, khususnya melibatkan kawasan Mulu dan sekitarnya. 

“Pembinaan jalan tersebut dijangka memberi impak besar terhadap kesejahteraan rakyat dengan memperkukuh akses perhubungan, memudahkan pergerakan penduduk serta merancakkan pembangunan sosioekonomi setempat.

Selain meningkatkan tahap keterhubungan, kata beliau lagi, projek Jalan Marudi–Mulu juga dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat, termasuk membuka lebih banyak peluang pembangunan dalam sektor pelancongan, perdagangan dan perkhidmatan di kawasan pedalaman.

“Pelaksanaan projek ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memastikan pembangunan infrastruktur dilaksanakan secara seimbang dan inklusif, selaras dengan aspirasi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memperkukuh pembangunan kawasan luar bandar dan pedalaman negeri ini”, ujar beliau.

“Bagi pelaksanaan Pakej 2, Fasa 1 Projek MMMLL Road, Sarawork telah dilantik sebagai kontraktor reka dan bina. 

“Pihak kontraktor diharap dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh komitmen dan profesionalisme, disamping mematuhi jadual serta spesifikasi yang telah ditetapkan bagi memastikan projek ini disiapkan dengan kualiti terbaik,” ujarnya lagi. 

Related Posts

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

JERANTUT – Warga FELDA Jengka 24 memperkukuh semangat patriotisme apabila sekali lagi menyasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan, tahun ini. Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan