Pelakon Along Eyzendy kembali ke Rahmatullah

SELEPAS tiga hari bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAS), Serdang, pelakon Along Eyzendy menghembuskan nafas terakhir jam 12.16 tengah malam tadi.

Berita pemergian Allahyarham Along atau nama sebenarnya, Mohd Ezendy Mohd Aziz, 47. disahkan sahabatnya, Farah Adila Apandi, ketika dihubungi Berita Harian.

Menurut Farah, Along menghembuskan nafas terakhir dengan tenang di sisi isterinya, Hamidah Mohd Yatim.

“Allahyarham pergi dalam keadaan tenang dan isterinya berada di sisi ketika saat-saat akhir,” katanya.

Setakat ini, jenazah masih berada di hospital dan keluarga akan berbincang bagi menentukan lokasi pengebumian.

Maklumat lanjut mengenai urusan pengebumian akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Mengulas keadaan keluarga Allahyarham Along, Farah berkata, ahli keluarga reda dengan pemergian pelakon berkenaan.

“Keluarga sudah bersedia kerana beberapa jam sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, doktor meminta ahli keluarga membacakan surah Yasin,” katanya.

Khamis lalu, Along dilaporkan semakin kritikal selepas ditidurkan di ICU.

Hamidah dilaporkan berkata, keputusan menidurkan suaminya dibuat susulan pendarahan serius dalam perut, namun, doktor masih belum mengenal pasti punca sebenar masalah itu.

Pada 30 Januari lalu, Allahyarham Along dimasukkan ke hospital selepas demam dan batuk berpanjangan. Doktor kemudian mengesyaki ada jangkitan pada stent di saluran hempedu.

Related Posts

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

PUTRAJAYA – Keputusan menghentikan tayangan filem Konspirasi di pawagam  dibuat atas pertimbangan dalaman syarikat tanpa dipengaruhi mana-mana pihak berkepentingan. Penerbit filem itu, Elepfilm Entertainment menegaskan, langkah drastik tersebut diambil setelah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ASA 2026 diperbaharui, tampil konsep Broadway sempena 80 tahun RTM

KUALA LUMPUR – Penganjuran Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA) bakal tampil dengan kelainan menerusi pembaharuan konsep dan penstrukturan kategori pertandingan, sejajar usaha memastikan acara berprestij itu terus seiring perkembangan industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu viral jadi fokus, JKOM ambil pendekatan turun ke komuniti

Isu viral jadi fokus, JKOM ambil pendekatan turun ke komuniti

Pelantikan Syam Ghaz disahkan KSN

Pelantikan Syam Ghaz disahkan KSN

Anwar tiba di Tokyo untuk lawatan kerja tiga hari

Anwar tiba di Tokyo untuk lawatan kerja tiga hari

Operasi SAR lelaki hilang di Sungai Baram diteruskan, mangsa masih belum ditemui

Operasi SAR lelaki hilang di Sungai Baram diteruskan, mangsa masih belum ditemui

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN