Pemilihan 500 ahli Dewan Perwakilan Thailand bermula

BANGKOK – Rakyat Thailand keluar ke pusat mengundi di seluruh negara mulai pagi ini bagi memilih 500 Ahli Dewan Perwakilan dan mengundi referendum untuk mengukur sokongan orang awam terhadap penggubalan perlembagaan baharu.

Pilihan raya kali ini adalah yang ke-28 buat Thailand sejak sistem raja berperlembagaan diamalkan pada 1932, mencerminkan sejarah demokrasi berparlimen selama 94 tahun di negara itu.

Pusat mengundi di seluruh negara dibuka bermula jam 8 pagi dan akan ditutup jam 5 petang waktu tempatan, dengan anggaran 52.9 juta pemilih layak mengundi.

Daripada 500 kerusi Dewan Perwakilan dipertandingkan, sebanyak 400 kerusi dipilih mengikut kawasan pilihan raya ahli tunggal melalui sistem pemenang undi terbanyak, manakala baki 100 kerusi diperuntukkan kepada parti-parti berdasarkan sistem perwakilan berkadar.

Pengundi akan diberikan tiga kertas undi – kertas hijau untuk ahli Parlimen (MP) kawasan, kertas merah jambu untuk MP senarai parti dan kertas kuning untuk referendum perlembagaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menjangkakan peratusan keluar mengundi yang memberangsangkan susulan proses pengundian awal Ahad lalu, terutama di Bangkok yang menyaksikan kira-kira 87 peratus pengundi berdaftar dilaporkan menunaikan tanggungjawab mereka.

Bangkok mempunyai bilangan kawasan pilihan raya terbesar dengan 33 kerusi berdasarkan populasinya berjumlah kira-kira 5.4 juta, diikuti Nakhon Ratchasima dengan 16 kerusi.

Sebanyak 57 parti politik bertanding dalam pilihan raya ini dengan meletakkan 5,096 calon di seluruh negara, manakala 93 individu daripada 43 parti dicalonkan sebagai calon perdana menteri.

Pilihan raya awal ini diadakan selepas Anutin Charnvirakul – Perdana Menteri ketiga Thailand sejak pilihan raya 2023 – membubarkan dewan rendah Parlimen pada 12 Disember tahun lalu susulan ancaman undi tidak percaya.

Pemerhati menjangkakan persaingan ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Parti Bhumjaithai pimpinan Anutin, pembangkang progresif diterajui Parti Rakyat, dan Parti Pheu Thai yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra.

Jabatan Meteorologi Thailand melalui satu kenyataan memaklumkan, keadaan cuaca pada pagi ini dijangka baik dengan suhu di tengah Thailand diramal antara 24 hingga 35 darjah Celsius sepanjang hari.

Related Posts

PBB sambung semula misi evakuasi perubatan keluar dari Gaza

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sokongan bagi misi evakuasi perubatan dari Semenanjung Gaza susulan pembukaan semula pintu sempadan Rafah, sekali gus memberikan keutamaan penting kepada operasi kemanusiaan di wilayah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pejabat Pendakwa Raya Rome siasat Ben-Gvir atas tuduhan aniaya tawanan Global Sumud

PEJABAT Pendakwa Raya Rome melancarkan siasatan rasmi terhadap Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, berhubung dakwaan penganiayaan ke atas aktivis flotila kemanusiaan ke Gaza semasa berada dalam tahanan. Agensi berita…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu