Majlis AKIS pemangkin pertumbuhan usahawan tempatan Sabah

Ynom

KOTA KINABALU – Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri Sabah (AKIS) menjadi pemangkin pertumbuhan usahawan tempatan Sabah untuk terus berkembang dalam bidang keusahawanan dan perindustrian.

Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET), Datuk Ewon Benedick berkata, AKIS merupakan platform penting dalam menghargai dan mengiktiraf pencapaian syarikat-syarikat tempatan di negeri ini.

“Pada saya, ini merupakan satu pengiktirafan yang boleh mencetuskan inspirasi kepada usahawan-usahawan sabah.

“Saya berharap penerima anugerah ini boleh menjadi inspirasi kepada rakyat sabah yang lain untuk menceburi bidang keusahawanan dan perindustrian,” katanya dalam sidang media selepas Majlis (AKIS) di Hilton Hotel, di sini pada Jumaat.

Tambah Ewon, MINDET akan terus menyokong keperluan usahawan tempatan Sabah dengan menyediakan dasar dan inisiatif yang bersesuaian.

“Ia termasuklah memastikan usahawan mendapat sokongan yang bersesuaian bagi membolehkan produk dan perkhidmatan dapat menembusi pasaran antarabangsa.

“Data daripada Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) menunjukkan lebih 12,000 syarikat berdaftar untuk pasaran antarabangsa di seluruh negara, namun hanya 261 daripadanya merupakan syarikat dari Sabah.

“Justeru itu, saya menyeru agar usaha perlu dilipatgandakan bagi memastikan lebih banyak syarikat tempatan Sabah mampu menembusi pasaran luar negara,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ewon berkata, antara fokus utama kementerian ketika ini adalah pembangunan standard dan kualiti produk serta perkhidmatan usahawan tempatan agar memenuhi piawaian antarabangsa, termasuk pematuhan pensijilan halal, amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta penambahbaikan dari segi pembungkusan dan pelabelan produk.

Pada majlis, sebanyak enam anugerah telah diperkenalkan dan dinilai berdasarkan pelbagai kriteria termasuk prestasi nilai jualan tahunan syarikat, bermula daripada kurang RM1 juta sehingga melebihi RM50 juta.

Seramai 50 usahawan tempatan turut menerima bungkusan produk baharu di bawah Program Transformasi Usahawan Sabah yang menyediakan latihan, bimbingan serta bantuan untuk meningkatkan kualiti pembungkusan produk.

Related Posts

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

KUANTAN – Seramai 585 pemimpin sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kuantan berhimpun bagi memperkukuh jaringan dan hala tuju ekonomi komuniti B40, selaras dengan pelancaran inisiatif terbaharu kerajaan menerusi Skim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

BALIK PULAU – Bekas kerani sebuah syarikat guaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas enam pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan kerugian wang berjumlah RM33,827 antara 2020 hingga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang