Pasukan Sang Kenari kian tenat, mana Radhi dan Baddrol?

ALOR SETAR – Pasukan bola sepak Kedah (KDA FC) kini dikatakan semakin panas apabila barisan pemainnya memboikot sesi latihan sejak dua hari lalu.

Tindakan itu adalah sebagai isyarat kepada pihak pengurusan kelab kerana gagal membayar gaji pemain sejak awal musim ini.

Sumber memaklumkan barisan pemain sangat terdesak dan mahu isu tunggakan gaji itu diselesaikan segara.

“Betul sesi latihan tak ada sebab pemain tak datang latihan. Pemain harap gaji mereka dibayar. Tak ada duit macam mana nak turun main,” kata sumber.

Menurut sumber lagi, sebahagian pemain termasuk skuad bawahan masih tidak menerima gaji, malah difahamkan potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut sangkut sejak dahulu.

Dakwaan tunggakan gaji membabitkan KDA FC ini turut dikuatkan lagi dengan perkongsian luahan hati pertahanan tengah, Irfan Zakaria yang mengakui ‘merindui’ gaji yang sudah lama tidak diterimanya.

Sementara itu, peminat KDA FC, Salman Hamzah berkata, kemelutan dalam KDA FC itu perlu dipantau juga oleh kerajaan negeri.

Katanya, walaupun KDA FC bukan lagi hak kerajaan negeri tetapi pihak kerajaan negeri perlu mengintai perkembangan bola sepak di negeri ini.

“Bola sepak adalah sukan nombor satu di Kedah. Mana dia dua bekas ketua bola sepak Kedah yang kini menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Semasa bertanding dalam pilihan raya kedua-dua berjanji untuk meningkatkan bola sepak negeri.

“Tapi hari ini selepas menang kedua-dua ADUN itu diam seribu bahasa. Hampa pi mana,” katanya.

Bagi Ismail Ahmad pula berkata, sepatutnya dengan dua ADUN berkenaan, Radhi Mat Din dan Baddrol Bakhtiar yang berada dalam kerajaan sudah pasti akan meningkatkan lagi bola sepak negeri jelapang padi ini.

“Sebagai memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Radhi Mat Din perlu melontarkan idea yang bernas untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi hari ini.

“Apa guna jika duduk di jawatan itu tapi gagal membantu pembangunan bola sepak hingga semakin tenat seperti hari ini,” katanya.

Related Posts

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

MANCHESTER United meraikan kepulangan ke Liga Juara-Juara Eropah selepas tiga musim dengan kemenangan 4-0 ke atas juara Azerbaijan, Sabah. Matheus Cunha, Bruno Fernandes, Benjamin Sesko dan Lisandro Martinez menjaringkan gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

CHELSEA bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Xabi Alonso hampir tersingkir selepas gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan