16 sektor industri rekod peningkatan keyakinan pengguna

KUALA LUMPUR – Sebanyak 16 daripada 21 sektor industri mencatat peningkatan tahap kepercayaan pengguna pada 2025, selari dengan peningkatan sentimen optimisme rakyat terhadap hala tuju negara, menurut dapatan kajian Ipsos Trust Track 2025.

Pengarah Bersekutu, Hal Ehwal Awam Firma Penyelidikan Pasaran Ipsos Malaysia, Syarfa Akhiar berkata, antara sektor yang mencatat peningkatan ketara ialah media baharu, minyak dan gas serta beberapa sektor perkhidmatan utama lain.

Pada masa sama, beliau memaklumkan,
hanya lima sektor merekodkan penurunan kecil sekitar dua hingga tiga mata peratusan.

“Secara keseluruhannya, tahap kenaikan itu sangat sihat dan menunjukkan pemulihan keyakinan pengguna yang menyeluruh.

“Tahap keyakinan rakyat terhadap Malaysia turut menunjukkan pemulihan ketara apabila tujuh daripada 10 rakyat Malaysia percaya negara berada di landasan yang betul,” katanya kepada media ketika ditemui selepas pembentangan laporan Malaysia Trust Track, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Syarfa berkata, berdasarkan Indeks Keyakinan Pengguna Global Ipsos, peratusan rakyat yang yakin Malaysia menuju ke arah yang betul meningkat daripada 66 peratus pada awal 2025 kepada 69 peratus pada November.

“Peningkatan tersebut didorong oleh tiga faktor utama iaitu ketahanan ekonomi negara, sokongan kerajaan yang bersasar serta peningkatan perbelanjaan pengguna.

“Dari sudut ketahanan ekonomi, Malaysia mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh, disokong pasaran buruh yang stabil serta penurunan kadar inflasi.

“Keadaan ini mewujudkan keyakinan terhadap kedudukan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, Syarfa berkata, prospek peningkatan kepercayaan pada tahun ini masih bergantung kepada beberapa faktor luaran seperti perkembangan global dan prestasi ekonomi domestik.

“Adakah ekonomi kita akan terus kekal kukuh dan adakah pengguna akan terus berbelanja seperti tahun lalu, itu masih perlu dilihat,” katanya.

Mengulas trend jangka panjang, beliau berpandangan, tahap kepercayaan pengguna tidak bersifat statik dan pernah mencatat kemerosotan ketara sebelum ini.

“Daripada 2023 hingga 2024, kita melihat wujudnya defisit kepercayaan apabila kadar kepercayaan jatuh tujuh mata peratusan, dipengaruhi oleh faktor global seperti konflik Gaza dan peningkatan aktivisme pengguna,” katanya.

Tambah beliau, pengukuhan nilai ringgit turut menyumbang kepada pemulihan sentimen tersebut.

“Kami percaya pengukuhan ringgit juga merupakan petunjuk bahawa ketahanan ekonomi negara semakin kukuh,” katanya.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun