Ambil tindakan tegas pihak main sentimen kebencian agama, kaum

KEPERLUAN buat pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang mencetuskan ketegangan antara rakyat, menyebarkan hasutan berunsur agama, mengapi-apikan kebencian antara kaum dan kepercayaan atau cuba mencabar kedaulatan undang-undang.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara, R. Yuneswaran berkata, tindakan tegas itu perlu diambil tanpa amaran berulang, layanan istimewa atau kompromi.

Tegas beliau, sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang tanpa mengira status, latar belakang atau ideologi, wajib disiasat dan diambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang paling tegas.

“Satu peringatan untuk kita semua bahawa keamanan dan perpaduan negara ini bukan sesuatu yang boleh diuji atau dipertaruhkan.

“Kita tidak boleh membenarkan mana-mana pihak merosakkan keharmonian yang telah dibina sekian lama hanya demi kepentingan sempit atau agenda tersembunyi,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, pada Khamis.

Sementara itu, Yuneswaran mengingatkan, agama tidak boleh sama sekali dipermainkan, dipolitikkan atau dijadikan alat untuk mencetuskan kebencian dan perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menurutnya, setiap rakyat Malaysia mempunyai hak untuk menganuti dan mengamalkan agama masing-masing selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip hidup bermasyarakat yang berteraskan saling menghormati.

“Perbuatan menyentuh sensitiviti agama secara sengaja, provokatif atau berniat jahat adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan berbahaya,” katanya.

Tambah beliau, Malaysia adalah sebuah negara berdaulat yang berasaskan undang-undang dengan setiap agama dihormati dan dilindungi, manakala urusan berkaitan rumah ibadah serta amalan keagamaan telah pun diatur dengan jelas melalui undang-undang dan peraturan sedia ada.

Ujarnya, sebarang isu berkaitan agama harus disalurkan melalui saluran yang sah dan berhemah, bukannya dimanipulasi secara terbuka untuk mencetuskan kemarahan, kebencian atau perpecahan dalam kalangan rakyat.

“Maka, tiada sesiapa berhak mengambil tindakan sendiri, mengeluarkan kenyataan melampau, atau mencetuskan emosi rakyat atas nama agama.

“Agama adalah untuk memupuk nilai kemanusiaan dan keamanan, bukan untuk mencetuskan kebencian dan perpecahan. Perpaduan negara adalah garis merah yang tidak boleh dilanggar oleh sesiapa pun,” katanya.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun