Jangan jadikan ‘salam, cium tangan menteri’ persepsi negatif rendahkan martabat ATM

KUALA LUMPUR – Penghormatan diberikan kepemimpinan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terhadap menteri seperti tunduk dan mencium tangan tidak seharusnya dijadikan persespi negatif seolah-olah ia merendahkan institusi pertahanan negara.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari
membidas kenyataan Ahli Parlimen PN Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor ketika sesi Parlimen pagi tadi yang tidak bersetuju tindakan kepemimpinan tertinggi ATM ‘mencium tangan menteri’ dan meminta ia dihentikan.

“Saya ingin ingatkan juga Yang Berhormat Ketereh bila bangkitkan soal salam itu, walaupun ia di luar daripada (konteks penggulungan) ini, saya fikir penghormatan itu tidak boleh dialihkan seolah-olah menggambarkan bahawa ia sebagai suatu kerendahan.

“Sebab biasanya kalau saya sendiri jumpa dengan Panglima, kita biasanya tak tabik, kita (sebagai) orang awam (akan) tunduk.

“Kalau saya tengok gambar itu, tunduk itu, dilihat (Ketereh) sebagai suatu penghormatan yang amat rendah, saya fikir janganlah kita alihkan sejauh itu,” katanya.

Penegasan itu dibuat Adly yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah sebelum mengakhiri sesi penggulungan perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Pertahanan (MINDEF) di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Beliau pada masa sama turut menegaskan, isu terbabit sepatutnya tidak wajar dibangkitkan.

“Penghormatan kita kepada anggota pertahanan tak pernah berbelah bahagi dan tak ada sesiapa pun yang kita rendahkan.

“Ini kerana kita tahu dalam apa isu sekalipun anggota pertahanan mengorbankan bukan sahaja masa tapi nyawa mereka untuk negara kita.

“Jadi tak pernah timbul soal itu ataupun mahu kita rendahkan (anggota pertahanan),” katanya.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun