Kemajuan negara hanya bermakna jika dirasai rakyat – PMX

KEMAJUAN negara hanya dapat diukur sekiranya rakyat mampu menikmati pembangunan, peluang pendidikan dan pekerjaan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemajuan negara tidak boleh diukur dengan angka dan statistik semata-mata. 

“Ucaptama saya di Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2026 petang tadi menegaskan bahawa kemajuan negara tidak boleh diukur dengan angka dan statistik semata-mata. 

“Kemajuan hanya bermakna jika dirasai rakyat, sama ada pembangunan membuka ruang mobiliti sosial, pertumbuhan menyediakan peluang pendidikan dan pekerjaan yang bermakna, serta kehidupan yang lebih terjamin dan bermaruah,” katanya dalam aplikasi Telegram rasmi miliknya, pada Khamis.

Malah, Anwar menegaskan, ia menjadi iltizam Kerajaan MADANI untuk mengubah nasib rakyat melalui reformasi tatakelola.

“Ini melahirkan kepercayaan pelabur dan mewujudkan kemajuan berkekalan.

“FEM 2026 menjadi wadah penting untuk kita membahas secara terbuka cabaran ekonomi yang semakin mendesak termasuk kemajuan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI), jurang kekayaan yang melebar hinggalah implikasi perubahan iklim terhadap kesejahteraan rakyat,” katanya. 

Related Posts

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 tanpa subsidi serta diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan bagi tempoh 25 hingga 30 Jun ini susulan penyusutan purata harga pasaran minyak antarabangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

SEGAMAT – Kerajaan bersetuju menaikkan geran tahunan bagi setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) daripada RM6,000 kepada RM10,000 bermula Januari tahun depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang