Penambahbaikan kerusi Lapangan Terbang Miri dilaksanakan, demi keselesaan umum

MIRI – Keselesaan penumpang di Lapangan Terbang Miri kini menjadi keutamaan apabila kerja penambahbaikan kemudahan kerusi di ruang menunggu sedang giat dilaksanakan susulan aduan orang awam mengenai keadaan kerusi yang uzur serta kurang memuaskan dari segi kebersihan.

Isu tersebut yang sebelum ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna lapangan terbang, khususnya pelancong dan penduduk tempatan, mendapat perhatian segera apabila Ketua Penerangan PKR Cabang Miri, Chaw Zhe Jian tampil mendapatkan penjelasan daripada pihak berkaitan serta menerima laporan terkini daripada ibu pejabat berhubung tindakan susulan yang diambil.

Menurut Zhe Jian, usaha menaik taraf kemudahan tempat duduk awam telah dimulakan dan setakat ini kira-kira 150 unit kerusi penumpang baharu berjaya diganti.

Katanya, reka bentuk kerusi baharu yang tidak menggunakan kusyen fabrik dilihat lebih praktikal kerana mudah dibersihkan, sekali gus meningkatkan tahap kebersihan dan keselesaan pengguna.

“Langkah penambahbaikan ini bukan sahaja memberi nafas baharu kepada kemudahan lapangan terbang, malah mencerminkan komitmen berterusan pihak berkaitan dalam memastikan imej bandar Miri sebagai pintu masuk utama pelancongan di utara Sarawak terus terpelihara,” katanya.

Beliau menambah, bagi memastikan operasi dan perkhidmatan kepada penumpang tidak terganggu, proses penggantian baki kerusi akan dilaksanakan secara berperingkat.

Dalam tempoh peralihan ini, kusyen fabrik yang telah usang dan rosak akan ditanggalkan terlebih dahulu sebagai langkah sementara bagi menjamin kebersihan, keselamatan serta keselesaan asas pengguna.

Dalam pada itu, maklum balas yang disuarakan orang awam disifatkan sebagai input penting dalam usaha menambah baik kemudahan awam.

Usaha berterusan ini diharap mampu meningkatkan pengalaman perjalanan para penumpang serta memperkukuh reputasi Lapangan Terbang Miri sebagai hab pengangkutan udara yang selesa, bersih dan mesra pengguna.

Related Posts

Kanak-kanak 12 tahun antara tiga sekeluarga maut dirempuh lori Imigresen

KUALA LUMPUR – Tiga sekeluarga, termasuk kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, maut selepas lori Jabatan Imigresen dipercayai melanggar lampu merah sebelum merempuh sebuah kereta dan melanggar pejalan kaki di persimpangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JENDELA 2 perlu sedia perkhidmatan internet berkualiti, stabil – James Ratib

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 2 (JENDELA 2) di Sabah perlu memberi penekanan kepada penyediaan perkhidmatan internet yang berkualiti, stabil dan boleh dipercayai, bukan sekadar mengejar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kanak-kanak 12 tahun antara tiga sekeluarga maut dirempuh lori Imigresen

Kanak-kanak 12 tahun antara tiga sekeluarga maut dirempuh lori Imigresen

JENDELA 2 perlu sedia perkhidmatan internet berkualiti, stabil – James Ratib

  • By Ithma
  • August 19, 2026
JENDELA 2 perlu sedia perkhidmatan internet berkualiti, stabil – James Ratib

MBSJ pasang lebih 200 CCTV Sistem Parkir Pintar

MBSJ pasang lebih 200 CCTV Sistem Parkir Pintar

Saifuddin nafi KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing

Saifuddin nafi KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing

KPDN Tawau rampas barang kawalan termasuk kenderaan bernilai lebih RM104,000

  • By Fatin
  • August 19, 2026
KPDN Tawau rampas barang kawalan termasuk kenderaan bernilai lebih RM104,000

Kerajaan peruntuk RM412 juta perkasa masyarakat Orang Asli

Kerajaan peruntuk RM412 juta perkasa masyarakat Orang Asli