Maritim Malaysia tahan ‘runner’, gagalkan penyeludupan 1,200 liter minyak petrol

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan seorang lelaki dipercayai ‘runner’ bot kargo sekali gus menggagalkan cubaan menyeludup keluar 40 gelen yang mengandungi 1,200 liter minyak petrol, di perairan Tawau, pada Selasa.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Ariffin Ghazali berkata, bot berkenaan dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan dari arah Tawau menuju ke Pulau Sebatik sebelum berjaya dipintas kira-kira 0.8 batu nautika utara Muara Sungai Aji Kuning.

“Pemeriksaan ke atas bot yang dikendalikan seorang lelaki tempatan berumur 27 tahun menemui 40 gelen petrol serta tiga tong gas LPG berisi bernilai kira-kira RM3,000 dipercayai cuba diseludup keluar tanpa permit.

“Juragan bot turut gagal mengemukakan lesen pendaftaran bot yang sah semasa pemeriksaan dijalankan,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.

Rampasan termasuk bot bernilai RM46,000 itu akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) 2002.

Menurut Ariffin, modus operandi membawa bahan api dalam kuantiti kecil tetapi dilakukan secara berulang merupakan antara taktik sindiket penyeludupan yang perlu dibanteras secara berterusan.

Justeru, pihaknya memandang serius sebarang aktiviti jenayah di laut dan akan memastikan aset rondaan sentiasa bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa.

“Penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan tanpa mengira kuantiti barangan yang
dibawa, khususnya di perairan Tawau yang sering menjadi laluan rentas sempadan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah maritim diminta menyalurkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau talian kecemasan 999 bagi tindakan segera,” ujarnya.

Related Posts

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

KUANTAN – Mesyuarat penyelarasan program Gerakan Setia UMNO peringkat FELDA Jengka 24, Jerantut, diadakan malam tadi. Program itu akan diadakan pada 30 Mei ini, bertujuan membina momentum awal dan memberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

Oleh: Nana Mohamad & Eveline B SIBU – Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) komited untuk terus mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatannya bagi memenuhi keperluan penduduk di Sibu Jaya yang semakin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia