Zahid cadang Skim Potongan Gaji untuk wakaf Al-Quran

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan pelaksanaan Skim Potongan Gaji (SPG) secara sukarela membabitkan petugas kerajaan, badan berkanun dan sektor swasta sebagai antara kaedah memperluas program wakaf al-Quran.

Beliau berkata, perkara ini akan menjadi langkah strategik bagi memastikan kelangsungan serta peluasan program berkenaan di negara ini.

“Melalui skim ini, sumbangan kecil yang dilakukan secara konsisten mampu membina impak besar.

“Wakaf boleh diniatkan untuk diri sendiri, ahli keluarga, atau dihadiahkan pahalanya kepada ibu bapa dan insan tersayang yang telah kembali ke rahmatullah, sekali gus menjadikan wakaf ini sebagai jambatan kasih yang merentas masa dan generasi,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2026 di ibu negara, malam tadi.

Ahmad Zahid berkata, sekiranya SPG dilaksanakan, beliau berharap pihak yang menguruskannya tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pihak yang berwakaf.

“Saya berharap pihak Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) yang akan menguruskan pemotongan gaji ini, tidak mengenakan sebarang bayaran kepada Nasyrul Quran (pusat pencetakan al-Quran).

“Saya juga meminta supaya ahli-ahli koperasi di seluruh negara memberikan sumbangan melalui Angkasa agar wakaf al-Quran ini lebih diperbanyak kerana sasaran kita, selain menterjemahkan al-Quran ke dalam 30 bahasa, pengedaran al-Quran juga dihantar ke negara minoriti Muslim,” katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid turut menyeru pempengaruh media sosial menggunakan pengaruh mereka mengajak orang ramai menyumbang sekurang-kurangnya sebuah mushaf al-Quran sebagai wakaf.

Sehubungan dengan itu, beliau menggalakkan kolaborasi strategik antara Nasyrul Quran, Yayasan Restu serta pempengaruh termasuk pencipta kandungan di platform media sosial seperti TikTok untuk memanfaatkan dunia tanpa sempadan dan sistem komunikasi digital yang semakin terbuka.

“Gunakanlah peluang ini, lebih-lebih lagi menjelang Ramadan, untuk mengajak masyarakat menyumbang wakaf al-Quran kerana ia mampu memberikan impak besar kepada kelangsungan program ini,” katanya.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting untuk memastikan dasar dan inisiatif kerajaan bukan sekadar diumumkan, sebaliknya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui penyampaian pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan